Now Reading
Ini Senarai 7 Makanan Bantu Selesaikan Masalah Rambut Gugur

Ini Senarai 7 Makanan Bantu Selesaikan Masalah Rambut Gugur

Ramai dari kita kerap berdepan masalah rambut gugur. Meskipun boleh berlaku pada sesiapa sahaja rambut gugur biasanya terjadi pada wanita disebabkan beberapa faktor seperti rawatan rambut yang tidak sesuai, tekanan dan juga gangguan hormon.

Bagi menanganinya ramai memilih untuk menggunakan produk rawatan rambut sehingga mereka terlupa cara rawatan terbaik, iaitu menjaga pemakanan seimbang.

Bukan hanya menjimatkan wang dan masa dari mencuba sesuatu produk yang belum diperakui keberkesananya, pemilihan makanan yang betul juga lebih baik kerana ia dapat membantu memperbaiki kerosakan rambut secara dalaman.

Jadi di bawah kami kongsikan 7 jenis makanan yang memiliki nutrisi lengkap dalam menyihatkan rambut anda seterusnya mengurangkan masalah rambut gugur:

#1 Bayam

Bayam atau nama saintifiknya, Spinacia oleracea, adalah antara sayuran hijau paling popular di dunia kerana ia merupakan sumber yang kaya dengan mineral, vitamin, zat besi, protein dan pigmen.

Kandungan vitamin A yang cukup tinggi dalam bayam dapat membantu kelenjar untuk menghasilkan sebum iaitu minyak semula jadi yang fungsinya melembapkan kulit kepala.

#2 Biji Bunga Matahari


Biji bunga matahari atau nama saintifiknya Helianthus annuus kaya dengan vitamin B5 yang dapat melancarkan aliran darah pada kulit kepala dan mendorong pertumbuhan rambut.

Selain itu sifat Vitamin B5 berasid pantotenat dapat mencegah keguguran rambut.

#3 Buah Bit

Nitrat yang terdapat pada buah Bit dapat meningkatkan saliran darah dalam tubuh manusia. Ini dapat memberikan folikel rambut kita oksigen dan nutrisi.

#4 Oat

Oat adalah antara bijirin yang paling sihat. Ia adalah bijirin bebas gluten dan kaya dengan vitamin, mineral, serat dan antioksidan yang penting. Oat kaya dengan nutrien yang mengandungi thiamine, magnesium, phosphorus, zinc, manganese, selenium, dan iron.

See Also

Selain itu oat turutmengandungi beta-glukan yang merupakan satu jenis serat yang mudah larut. Kandungan serat gandum tersebut dapat membantu memperbaikinya rambut yang gugur

#5 Daging ayam

Foto: Freepik

Daging ayam adalah sumber utama Asid arakidonat yang dapat merangsang pertumbuhan rambut agar menjadi tebal dan cantik.

#6 Cili merah

Bukan hanya menjadi penambah selera, cilih merah juga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan pertumbuhan rambut.

#7 Makanan laut

Makanan laut juga penting dalam pertumbungan rambut terutamanya kerang, udang dan banyak lagi. Ini kerana makanan laut kaya dengan vitamin B, zat besi, iron dan vitamin D.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.