fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Baca Perbualan Adik Di DM, Gadis Ini Dituduh Tak Hormati Privacy Adik

Hanya Kerana Baca Perbualan Adik Di DM, Gadis Ini Dituduh Tak Hormati Privacy Adik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tular video di sosial media mengenai seorang kakak yang selamba membaca mesej adiknya menerusi kiriman secara langsung (DM) dalam akaun sosial adiknya.

Menerusi video yang berdurasi 41 saat itu memaparkan perbualan antara adik lelakinya bersama seorang gadis yang tidak dikenali.

Walau bagaimanapun, tindakan mereka berdua dikecam oleh netizen kerana menyifatkan tidak menghormati privasi adiknya dan sanggup mengaibkan adiknya sendiri.

Sehubungan itu, salah seorang kakak tampil mengakui membaca mesej yang dihantar oleh gadis yang tidak dikenali kepada adik lelakinya.

Namun, gadis yang mahu dikenali sebagai Aisya Ariffin, 17, ini mengatakan dia bersama seorang adik beradik perempuannya mendapat kebenaran daripada adik lelakinya untuk membaca mesej yang dihantar menerusi DM.

“Kami baca mesej tu atas kebenaran adik sebab dia sendiri yang tunjukkan mesej-mesej tu kepada kami. Malah, ketika video tu dirakam, memang kami buka mesej tu depan dia.

“Tak mengaibkan sesiapa sebab kami tak dedahkan pun gambar, nama atau akaun adik saya termasuk orang yang menghantar mesej tu,” ujarnya.

“Kami bukan otang asing, keluarga dia juga. Lagipun adik masih muda, jadi ada perkara yang perlu dikongsikan kepada yang lebih tua,” katanya lagi yang berasal dari Ampang, Selangor.

Menurut Aisya, tindakannya bersama adik beradik perempuannya itu tertawa sambil membaca pesanan tersebut kerana ia sungguh melucukan.

“Kami gelak sebab baca mesej ‘budak-budak’. Budak perempuan tu try hard sangat nak kenal dengan adik saya sampai cakap yang pelik-pelik.

“Tapi kami tak dedahkan identiti budak perempuan tu pun. Jadi, ramai yang salah faham menyangka kami mengaibkan tapi sebenarnya bergurau dengan adik sendiri.

“Budak-budak sekarang lain. Tengok budak perempuan yang hantar mesej kat adik saya, sampai cakap yang pelik-pelik sebab nak berkenalan dengan adik saya.

“Jadi, sebagai kakak yang sulung, tak salah untuk saya pantau.sepatutnya adik-beradik perlu buat macam tu, bukannya buat hal sendiri dan tak ambil peduli,”katanya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.