fbpx
Now Reading
Ini Penjelasan KKM Selepas Netizen Persoal Fungsi Hotspot Tracker di MySejahtera

Ini Penjelasan KKM Selepas Netizen Persoal Fungsi Hotspot Tracker di MySejahtera

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan peningkatan kes Covid-19 dalam negara menggusarkan ramai pihak. Malah lebih mengejutkan apabila hampir beberapa pusat beli belah terkenal di ibu kota melaporkan terdapat pekerja atau pengunjung mereka disahkan positif kes COVID-19 hanya dalam tempoh satu minggu

Namun lebih merungsikan orang ramai apabila ada netizen yang mendakwa  aplikasi MySejahtera yang kini wajib digunakan oleh rakyat Malaysia untuk memudahkan pengesanan dilaporkan tidak mengemaskini di bahagian Hotspot Tracker.

Tambah mereka semua lokasi-lokasi yang dilaporkan mempunyai kes positif COVID-19 tidak ditandakan sebagai kawasan panas.

Situasi ini menurut mereka jauh berbeza dengan kenyataan KKM sebelum ini yang menyatakan rakyat boleh mengesan kes positif COVID-19 yang dilaporkan dalam lingkungan satu kilometer dari kawasan tertentu menggunakan ‘Hotspot Tracker’ menerusi aplikasi MySejahtera.

Susulan dari perkara tersebut, KKM kemudiannya tampil menjawab pertanya orang ramai berhubung fungsi Hotspot Tracker di aplikasi MySejahtera.

“Baru-baru ini Nu Sentral Mall, KL Gateway Mall dan Sunway Pyramid Mall mengeluarkan kenyataan tentang salah satu pekerja mereka disahkan positif dan tindakan pembersihan serta disinfeksi telah dijalankan

“Untuk makluman semua, sesuatu kawasan dikatakan ada kes selepas siasatan terperinci oleh KKM. Kawasan yang menunjukkan terdapatnya kes setelah mengesahkan punca jangkitan atau kebolehjangkitan.

“Oleh itu, kesemua pusat membeli-belah bukan merupakan punca jangkitan mahupun ada potensi penyebaran virus COVID-19,” tulis kenyataan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.