Netizen Persoal Perbezaan Kuarantin Antara Individu Yang Pulang Dari Sabah & Dari Luar Negara

Gambar sekadar hiasan Foto : Astro Awani
UMUM pasti mengetahui yang Sabah ketika ini merupakan negeri yang paling teruk terjejas dengan penularan wabak Covid-19.
Susulan dari itu kerajaan menerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN), telah telah mewajibkan mana-mana individu yang baru tiba dari Sabah bermula dari 27 September sehingga 10 Oktober perlu menjalani prosedur kuarantin di rumah masing-masing.
Namun sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing mereka perlu menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sebelum tiba ke pintu masuk dan dipakaikan gelang kuarantin.
Dari situ mereka akan dibenarkan pulang dan perlu menjalani kuarantin di rumah sehinggalah keputusan mereka dimaklumkan. Namun sekiranya keputusan mereka negatif mereka dibenarkan menjalani kehidupan seperti biasa
Perkara sama turut dimaklumkan Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sewaktu diajukan soalan oleh portal The Star
Senior Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob told reporters in Kota Kinabalu on Sunday that those returning to Peninsular Malaysia from Sabah are not required to be quarantined for 14 days if they tested negative for Covid-19 in screening at airports starting from Sunday. pic.twitter.com/btJtDjOWsG
— The Star (@staronline) September 27, 2020
Namun prosedur ini jelas menimbulkan kerisauran orang ramai apatah lagi kes Covid-19 di sana sudah mencecah tiga angka semalam malah kekak di dua angka buat beberapa hari berturut-turut
Ramai yang merasakan terdapat layanan ‘dua darjat’ terhadap individu yang pulang dari Sabah dan inivididu yang baru pulang dari luar negara yang mana mereka diwajibkan menjalani kuarantin termasuk menangung segala kos penginapan mereka meskipun ujian awal mendapati mereka adalah negatif.
Soal netizen lagi, kenapa tidak diarahkan sahaja kesemua mereka yang pulang dari Sabah di kuarantin wajib di pusat kuarantin seperti yang lainnya?
Ramai yang turut meninggatkan mengenai seorang lelaki yang sebelum disahkan negatif pada awal saringan sebelum bertukar menjadi positif dan akhirnya mencetuskan kluster Sivagangga.
pakcik dari sivagangga dulu pun yg 1st time negative..kemudian merayau sana sini sbb ingat dh negative kan…politician will be the next sivagangga..sakit hati frontliner bila tgk mereka berckp xguna akal
— Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (@ctsarahaishah) September 27, 2020
this is nonsense, semua tahu tempoh inkubasi COVID-19 ni 14 hari, tak bermaksud turun flight result negatif, the next 13 hari result akan sama negatif. Are Governemnt dh consult dgn KKM on this?
— ciff (@hazman_hasif) September 27, 2020
Excuse me? Incubation period is 14 days. This means they can be tested negative eg, at day 6, but be positive on day 13! And could be spreading the virus to others if they weren't quarantined!
— Chelsie (@Chelsie_Sky) September 27, 2020
Foto header sekadar hiasan Foto : Astro Awani