fbpx
Now Reading
Tipu Pakej Penginapan Di Hotel Mewah Port Dickson, Suami Isteri Ditahan

Tipu Pakej Penginapan Di Hotel Mewah Port Dickson, Suami Isteri Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasangan suami isteri yang sebelum ini didakwa telah memperdayakan orang ramai terutamanya petugas barisan hadapan dengan menawarkan pakej penginapan hotel mewah dengan harga promosi ‘mengarut’ dilaporkan sudah ditahan pihak berkuasa khamis lalu

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar dalam satu sidang media berkata, pasangan berkenaan yang masing-masing berusia 27 tahun dan 26 telah ditahan disebuah homestay di Ampang.

IPD Sungai Buloh terima 30 laporan

Jelas Shafaaton Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh sebelum ini sudah menerima 30 laporan polis daripada sekumpulan mangsa dengan anggaran kerugian RM 26,193 susulan dari pakej yang ditarwarkan suspek dan isterinya

Kedua mereka aktif menjalankan kegiatan penipuan itu sejak September tahun lalu dengan menggunakan nama I & I Paradise Venture.

Selain itu pihak IPD Sungai Buloh juga ada menerima laporan daripada seorang mangsa yang bekerja sebagai jururawat sebuah hospital kerajaan yang turut ditawarkan menjadi ejen kepada suspek pada 13 September lalu.

Mangsa turut ditawar menjadi ejen

“Mangsa terbaca tawaran itu melalui aplikasi WhatsApp kumpulan kerjanya mengenai promosi penginapan termasuk sarapan pagi di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson, Negeri Sembilan dengan pakej harga RM88 hingga RM499 semalam.

“Dia kemudian menghubungi wakil syarikat terbabit sebelum ditawar menjadi ejen syarikat dengan diberi komisen 10 peratus daripada harga pakej bagi setiap pelanggan,” katanya pada sidang media di IPD Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Susulan dari itu , seramai 26 rakan sekerja mangsa kemudiannya turut membayar pakej penginapan tersebut dengan memasukkan wang sebanyak RM7,778 ke dalam akaun bank milik syarikat itu.

Superintendan Shafa’aton Abu Bakar sewaktu sidang akhbar Foto : Sinar Harian

“Siasatan awal mendapati syarikat berkenaan ditubuhkan pada September tahun lalu atas nama lelaki terbabit di mana ia tidak mempunyai premis perniagaan.

“Syarikat menjalankan promosi melalui media sosial dan memberi komisen 10 peratus kepada ejen yang memperkenalkan pelanggan yang membuat tempahan penginapan,” katanya

Menerusi laporan Harian Metro, syarikat perniagaan suspek juga tiada lesen dan tidak pernah memohon mendapatkan lesen pengendalian pelancongan . Malah syarikatnya tidak pernah dilantik sebagai ejen mana-mana pusat pelancongan ataupun kediaman.

Susulan dari penangkapan tersebut polis turut merampas  empat telefon bimbit dan dua komputer riba bagi menjalankan siasatan .

“Kita turut merampas empat unit telefon bimbit dan dua komputer riba bagi membantu siasatan.

“Kedua-dua suspek direman sehingga esok untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.