fbpx
Now Reading
Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16, Ini Profil & Latar Belakang Hajiji Noor

Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16, Ini Profil & Latar Belakang Hajiji Noor

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Datuk Seri Hajiji Noor sebentar tadi telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 bertempat di Istana Negeri Sabah selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang memenangi PRN Sabah sebulat suara mencalonkan beliau sebagai KM baharu dua hari lalu.

Beliau kemudiannya mengesahkan telah menerima watikah bagi menghadiri istiadat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah ke-16 pada hari Isnin.

Namun, buat anda yang kurang mengetahui atau biasa dengan politik di negeri di bawah bayu ini pasti tertanya-tanya siapakah tokoh politik yang mendapat kepercayaan rakyat untuk memimpin negeri Sabah ini?

Jadi di bawah kami kongsikan serba sedikit mengenai Ketua Menteri Sabah yang baharu ini.

Latar belakang

Foto : Bernama

Datuk Seri Hajiji Noor berasal dari Kampung Serusop, Tuaran . Beliau merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di University of New Hampshire, Amerika Syarikat.

Sebelum menceburkan diri kedalam bidang politik Hajiji pernah bertugas sebagai juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1976, sebelum menukar bidang dengan menjadi Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran pada 1977.

9 tahun kemudiannya di menukar proferssion dan berkhidmat sebagai pegawai penguasa kastam dari 1986 hingga 1990.

Mula menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dari 1990 hinggalah sekarang, Hajiji dikenali sebagai setiausaha politik kepada bekas timbalan perdana menteri, Tun Abdul Ghafar Baba pada tahun 1993

Pembantu kepada 4 Menteri

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pembantu kepada Menteri Belia & Sukan (1994), Menteri Pembangunan Pembangunan Perindustrian( 1994-1996) Menteri Di Jabatan Ketua Menteri( 1996-1999) dan pembantu kepada Menteri Kewangan (2001 -2004)

Dilantik Menteri Perumahan Sabah pada 2004

Beliau akhirnya dilantik menjadi Menteri Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan Negeri sabah pada 2004 sehinggalah pada 2018.

Beliau menyertai UMNO selepas keluar dari parti USNO (bubar 1996) pada tahun 1990 dan kekal bersamanya sehinggalan menyertai Bersatu pada 2019 seterusnya menjawat jawatan sebagai Ketua Bersatu Sabah dan Ketua Bersatu Bahagian Tuaran. Masih kekal sebagai Adun Sulaman selama 30 tahun beliau kemudian dilantik menjadi Pengerusi Perikatan Nasional Sabah pada tahun 2020 yang merupakan sebahagian dari gabungan GRS

Saksikan majlis angkat sumpah beliau sebagai Ketua Menteri Sabah di bawah pada minit 6:58 :

[LIVE] Majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu[LIVE] Majlis angkat sumpah Ketua Menteri Sabah baharu

Posted by Sinar Harian on Monday, September 28, 2020

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.