fbpx
Now Reading
Demi Gambar Terlihat Mewah, Influencer Kantoi Sewa Studio ‘Jet Peribadi’

Demi Gambar Terlihat Mewah, Influencer Kantoi Sewa Studio ‘Jet Peribadi’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Demi untuk kelihatan serba mewah, sekumpulan influncer ini sanggup menyewa sebuah studio yang seakan-akan seperti berada di dalam jet mewah.

Menerusi video yang berdurasi 17 saat, itu menunjukkan seramai 7 orang yang dikenali sebagai ‘the 7 angles’ dilihat seperti sedang menikmati kehidupan mewah mereka di dalam jet peribadi yang serba mewah itu.

Namun, taktik mereka terbongkar apabila seorang pengguna Twitter, MaisonMelissa membuat pendedahan mengenai video tersebut. Dia juga memberitahu bahawa ia merupakan sebuah set studio yang terletak di Los Angeles, California.

Tambah juga, Olympic 4 merupakan studio pertama yang bertemakan set jet peribadi di awan di Los Angeles, California.

“Nahh saya baru tahu gadis LA menggunakan set studio yang kelihatan seperti jet peribadi untuk gambar Instagram mereka.

“Ia benar-benar gila bahawa apa sahaja yang anda lihat mungkin palsu.

“Cara susunan, pakaian, bentuk badan….saya tak tahu, ia sedikit membimbangkan saya dalam dunia realiti,” ujarnya lagi.

Alangkah terkejutnya, sekumpulan influencer ini hanya menyewa studio tersebut dengan harga $64 sejam (RM267). Mereka sanggup menyewa studio berkenaan demi menimbulkan rasa kagum terhadap mengikutnya dan mengaburi mata para pengikut mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.