Ini Sebab Kenapa IOS 14 Buatkan Iphone Anda Cepat Kehabisan Bateri

Apple pada 17 September lalu secara rasmi telah melancarkan sistem operasi terbaharu mereka iaitu IOS 14.
Namun seperti biasa sebaik sahaja ianya di kemaskini pasti ada pengguna yang merungut berdepan dengan masalah bateri yang cepat ‘kong’ sama seperti sewaktu pelancaran iOS sebelumnya.
Ianya jelas kelihatan apabila ramai pengguna iOS 14 meluahkan rasa tidak puas hati mereka malah menasihatkan orang ramai agar tidak mengemaskini sistem operasi peranti mereka kepada IOS terbaru itu.
If you haven’t done the iOS 14 update; DONT DO IT. The battery drain is unbelievable. From 90% to 3% in one hour. @AppleSupport
— Tracey Ferguson (@trASAPferg) September 21, 2020
IOS 14 CAN YOU PLS STOP WRECKING MY BATTERY LIFE I JUST WANT MY PHONE TO MAKE IT THROUGH THE DAY THANK YOU
— cass ッ (@cassandrajamena) September 24, 2020
Hello iOS 14 upgrade. Goodbye battery life 🙄
— Raveena Ghattaura (@RGhattaura) September 21, 2020
Ia adalah perkara biasa & perlukan sedikit masa
Namun disebalik rungutan itu, Adrian Kingsley-Hughes , pakar teknologi dari ZDNet tampil menjelaskan masalah berkenaan. Menurutnya itu adalah perkara biasa dan sering berlaku terutamanya selepas Apple menawarkan kemaskini yang utama (major update)
Ini kerana sistem telefon pintar itu perlukan sedikit masa untuk melakukan kalibrasi dengan kemas kini baru yang dipasang ke dalam sistem iOS.
“Pertama sekali, memasang OS baru ke peranti iphone anda akan menyebabkan pelbagai aktiviti bergerak di background peranti anda dari indexing sehinggalah ke proses kalibrasi semula bateri, dan ianya boleh berterusan selama beberapa jam dan mungkin beberapa hari “

Tidak setakat memakan bateri, proses kalibrasi bateri boleh memberikan kesan seolah bateri anda sedang kering dengan cepat sedangkan ia sebenarnya tidak..
Malah faktor berganda seperti pengemaskinian beberapa aplikasi dalam jumlah yang banyak dicampur dengan kehadiran banyak ciri-ciri baru mungkin mempercepatkan penggunaan bateri pada peranti lama.
Justeru Adrian mencadangkan pengguna IOS 14 agar bertenang dan tidak perlu memikirkan tentang isu bateri mereka dalam tempoh seminggu selepas kemaskini.
“It takes time for things to normalise,” Adrian Kingsley-Hughes.
Dalam masa sama Adrian juga tidak menafikan kehadiran pepijat memandangkan setiap kemaskini iOS adalah tidak sempura.
Portal dakwa ada peningkatan lepas update ke ios14.0.1
Dalam pada itu portal IOS News and more menerusi laman Twitternya menyatakan terdapat sedikit peninggkatan prestasi dan hayat bateri selepas mengemaskini ke versi IOS terbaharu yang baru ditawarkan Apple 3 hari lalu iaitu iOS 14.0.1
iOS and iPadOS 14.0.1 vs iOS and iPadOS 14
— iOS News And More (@iosnewsandmore) September 24, 2020
🔋 Battery life: increased with 0.62% compared to iOS 14.
⏱ Performance: increased with 0.41% compared to iOS 14.
These results are averages, so they may vary on each device. pic.twitter.com/EdMlDYW77h
Namun buat anda yang bimbang dengan status bateri ini anda boleh menyemak keadaannya di Settings > Battery > Battery Health.