fbpx
Now Reading
Kapsul Gelembung Plastik Jadi Trend Baru Di New York

Kapsul Gelembung Plastik Jadi Trend Baru Di New York

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka menggunakan gelembung plastik dapat menjadikan tarikan utama bagi kafe-kafe alfresco di New York, Amerika Syarikat.

Pemilik Café du Soleil, Alain Chevreux berkata, dia mula tertarik dengan kapsul tersebut ketika dia sedang memantau produk dalam talian, dimana dia sedang memikirkan cara untuk terus bertahan dalam perniagaannya itu.

Tambahnya juga, kapasiti tempat duduk bahagian dalam yang terhad sebanyak 20 tempat duduk tidak mencukupi bagi membayar gaji pekerjanya.

Dengan adanya kapsul gelembung plastik itu boleh menyelamatkan bisnesnya dan ia mampu memuatkan enam orang pada satu masa. Walaupun, harga seunit kapsul tersebut sebanyak AS$400 (RM1,670) namun penggunaan kapsul di luar restoran itu dapat menambah pendapatannya.

“Keluarga menyukainya. Kanak-kanak pun suka, rakan-rakan yang mahu berkumpul juga menyenanginya.

“Beberapa minggu lalu, hujan namun semua orang dalam gelembung plastik ini gembira,” ujarnya mengenai kapsul tersebut.

Dalam pada itu, untuk memastikan pelanggannya kekal hangat semasa musim luruh dan musim sejuk, pihak berkuasa bandar raya membenarkan pemilik restoran itu menggunakan alat penghangat tertentu dan khemah yang tertutup.

“Mereka menyediakan sesuatu yang selamat dan bersih. Semuanya diatur dengan jarak enam kaki di antaranya. Kami sukakannya,” Valerie Worthy yang merupakan salah seorang pelanggan yang menikmati hidangan bersama dua rakan sekerjanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.