fbpx
Now Reading
Ini Kisah Disebalik Wanita Ditemui Terapung di Lautan Selepas Hilang 2 Tahun

Ini Kisah Disebalik Wanita Ditemui Terapung di Lautan Selepas Hilang 2 Tahun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu media antarabangsa banyak menyiarkan mengenai kisah seorang wanita yang dilaporkan hilang selama dua tahun namun telah ditemui dalam keadaan lemah di tengah-tengah lautan di Colombia

Dalam kejadian pada pada 26 September itu, Angelica Gaitan, 46, telah ditemui dan diselamatkan oleh 2 orang nelayan dalam keadaan tidak bermaya dan tidak mampu berkata-kata kerana mengalami hipotermia selepas 8 jam terapung di perairan yang terletak 2km dari pelabuhan Puerto Colombia.

Nelayan berkenaan iaitu Visbal dan Gustavo kemudian membawa mangsa ke darat sebelum di hantar ke hospital oleh penduduk tempatan.

Baca artikel berkaitan : Wanita Hilang 2 Tahun Lalu, Ditemui Terapung Di Lautan Columbia

Posted by Rolando Visbal Lux on Sunday, September 27, 2020

“Tuhan tidak mahu saya mati”

The Sun melaporkan, ayat pertama yang keluar dari mulut Angelica selepas berjaya di selamatkan ialah : “Saya sudah dilahirkan semula. Tuhan tidak mahu saya mati”

Dia juga hanya menangis sewaktu kedua nelayan tersebut menghulurkan makanan dan minuman seolah menyimpan satu beban yang tak mampu diluahkan.

Seorang dari nelayan yang menyelamatkan Angelica

2 tahun menghilangkan diri

Selepas identitinya dikenal pasti, pihak berkuasa kemudiannya berjaya menghubungi keluarga Angelica.

Alejandra Castiblanco, anak perempuannya berkata, kali terakhir mereka berhubung adalah dua tahun lalu sebelum ibunya menghilangkan diri dan terputus hubungan dengan keluarga.

Jelasnya, ada dua kemungkinan mengenai kehilangan ibu mereka sebelum ini samaada dia menghidap sakit mental ataupun kerana menjadi mangsa penderaaan.

Asalnya ingin membunuh diri

Angelica kemudiannya membuat pengakuan ekslusif kepada sebuah radio tempatan, RCN Radio di mana dia sebenarnya berniat membunuh diri pada hari kejadian.

Jelasnya kehilangannya selama 2 tahun sebelum ini juga bersebab dimana berdepan masalah rumah tangga yang kronik.

20 tahun jadi mangsa keganasan rumahtangga

Menurut Angelica kehilangannya dua tahun lalu adalah kerana dia telah melarikan diri kerana tidak tahan lagi menjadi mangsa keganasan rumahtangga yang sudah berlaku hampir 20 tahun .

Dia terpaksa bertahan sebelum ini kerana anak-anaknya pada waktu itu masih kecil dan memerlukan kedua ibu bapanya.

“20 tahun saya mengharungi hubungan yang toksik. Saya didera oleh bekas suami saya.

“Saya diseksa sejak mengandung anak pertama, dia pukul saya. Dia dengan kejamnya menyiksa saya.

Foto Sekadar Hiasa |Foto : CarolanFamilyLaw

Terpaksa bertahan kerana anak waktu itu masih kecil

“Sewaktu kehamilan kedua, keganasan masih berterusan dan saya tidak menjauhkan diri darinya kerana anak saya masih kecil.

“Sudah banyak kali saya buat laporan, polis hanya menahannya selama 24 jam dan bila dia pulang ke rumah penderaan itu terjadi lagi.

Keadaannya sewaktu di atas Bot

Lari dari rumah pada 2018 selepas dipukul teruk dan nyaris di bunuh

“Saya nekad meninggalkan rumah selepas kejadian saya diserang. Pada September 2018 dia memukul saya di muka sehingga pecah dan cuba membunuh saya. Saya bernasib baik dapat melarikan diri.

Jelas Angelica dia kemudiannya melarikan diri dan menetap di bandar Barranquilla selama 6 bulan.

Beberapa bulan menetap di rumah kebajikan di sana, dia bagaimanapun berdepan tekanan emosi yang terlampau yang disifatkannya tidak tertanggung.

Wanita ini kemudiannya membuat keputusan untuk pergi ke pantai di Puerto menaiki bas hanya dengan satu tujuan, untuk ‘menamatkan kesengsaraannya’.

Foto : Lachachara

“Saya ingin tamatkan semuanya. Saya tidak mendapat sebarang bantuan dari bantuan malahan dari keluarga kerana lelaki itu sudah menjarakkan saya dari keluarga saya. Sebab itu lah saya tidak mahu meneruskan kehidupan.

Being on the seashore, I found myself lonely and decided to jump into the sea, I let it take me away and hope that this nightmare would soon end..

Angelica

Mengimbau detik kejadian, Angelica menjelaskan mentalnya ketika itu begitu celaru dan rasa keseorangan. Dia yang berada di tepi pantai kemudiannya nekad melompat ke dalam laut dan membiarkan badannya dihanyutkan ombak sebelum pengsan.

Namun siapa menduga sudah tertulis yang nyawanya masih panjang apabila dia ditemui dan diselamatkan selepas 8 jam ‘hanyut’ di tengah lautan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Menyesali tindakan bodohnya

Angelica bagaimanapun menyesali tindakannya yang terburu-buru. Dia juga meluahkan rasa bersyukur kerana masih di beri peluang untuk hidup lagi.

“Lelaki yang menyelamatkan saya di tengah lautan berkata saya ketika itu tidak sedarkan diri dan sedang terapung. Terima kasih kepada tuhan kerana saya masih hidup”

“Saya sangat bersyukur kerana Tuhan memberikan saya peluang untuk melangkah ke depan”

Difahamkan anak perempuan wanita ini sedang mengusahakan untuk membawanya pulang ke tempat asalnya di Bogota.

Polis juga ketika ini sedang menyiasat kejadian sebenar dan kenapa Angelica pergi selepas keluarganya menafikan yang dia didera .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.