fbpx
Now Reading
Dihina Dengan Komen ‘Manusia Miskin Tinggal Atas Pokok’, Ini Respon Win Veveonah

Dihina Dengan Komen ‘Manusia Miskin Tinggal Atas Pokok’, Ini Respon Win Veveonah

Harap polis dan SKMM dapatla tangkap mangkuk tingkat ni cepat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak kenal dengan Veveonah Mosibin, mahasiswi UMS yang mencetus fenomena kerana sanggup memanjat pokok demi mendapatkan capaian internet untuk menduduki peperiksaan di universitinya.

Kisahnya kemudian menjadi perhatian seluruh negara malah dunia apabila ramai mengagumi usaha dan semangatnya yang begitu tinggi meskipun dia kemudiannya terpalit dengan satu isu kontroversi membabitkan beberapa orang ahli politik.

Terbaru menerusi satu perkongsian di Facebooknya, Veveonah atau lebih mesra dengan panggilan Veve memuat naik satu gambar tangkap layar (screenshot) yang jelas memaparkan satu komen berbentuk hinaan yang diterimanya oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

Bukan hanya menimbulkan isu kenegerian, dan menyifatkan Veve miskin dan hanya mahu meraih simpati orang lain, individu tidak berakal tersebut turut menghinanya dengan menggunakan panggilan haiwan terhadap Veve

Tidak melatah, Veve yang kecewa bagaimanapun memulangkan buah paku keras kepada individu tersebut dengan menyatakan golongan pembuli adalah golongan yang mempunyai masalah.

Malah dia menyarankan pelaku agar mendapatkan bantuan sekiranya dia mengalami kemurungan dan berhenti menyakiti orang lain.

“Dapatkan bantuan jika anda kemurungan”

“Saya terbangun dengan notifikasi ini . Tolong hentikan buli siber. Jangan suka menghukum. Jangan sebarkan kebencian.

“Jika anda kemurungan, dapatkan bantuan dari orang yang kamu percaya, keluarga kamu dan sebagainya. Cuma, jangan sakiti orang lain.

Veveonah Mosibin

Malah dia turut menutup kata-katanya dengan ucapan selamat pagi dan emoji senyuman.

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan Veve dan memintanya agar tidak melayan individu terbabit. Dalam masa sama majoriti mereka turut menyelar tindakan tidak bertanggungawab individu berkenaan yang merupakan satu buli siber.

Kepada Veve jangan mudah mengalah, abaikan manusia sebegini, Kami sentiasa bersama anda!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.