fbpx
Now Reading
Malaysia Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Malaysia Negara Islam Paling Damai Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Malaysia tersenarai sebagai negara Islam paling damai di dunia, mengatasi banyak negara lain termasuk Arab Saudi , Emiriah Arab Bersatu ( UAE) dan Indonesia

Memetik Utusan yang memetik Republika, Indeks Kedamaian Global 2020 yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Kedamaian (IEP) yang berpangkalan di Sydney menunjukkan Malaysia yang berada di kedudukan 20 secara global bagaimanapun menjadi negara Islam yang paling damai

Foto : Wiki

Negara jiran Indonesia pula berada di tangga 49 mengatasi Arab Saudi di tangga 128.

Bagi penilaian tahap kedamaian global tahun ini, ianya dinilai berdasarkan 23 petunjuk dari tiga kategori utama iaitu keselamatan dan keamanan penduduk, tahap konflik domestik dan antarabangsa serta status ketenteraan.

Foto : forbes

Bagi tiga tempat teratas, Iceland kekal mendominasi sebagai negara paling damai di dunia untuk tahun ini diikuti New Zealand & Portugal.

Manakala bagi negara islam pula di bawah kami senaraikan kedudukan 10 teratas :

1) Malaysia (20)
2) Qatar (27)
3) Kuwait (39)
4) Emiriah Arab Bersatu (41)
5) Indonesia (49)
6) Oman (68)
7) Jordan (72)
8) Maghribi (83)
9) Bahrain (110)
10) Arab Saudi (128)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.