fbpx
Now Reading
Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Individu Paling Dikagumi Di Malaysia!

Siti Nurhaliza & Sheikh Muszaphar Individu Paling Dikagumi Di Malaysia!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi No 1 Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan angkasawan negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor menjadi individu paling dikagumi (Most Admired Person) di Malaysia untuk tahun ini

Senarai itu dikeluarkan portal YouGov, firma pasaran yang berpangkalan di UK yang telah mengumpulkan pencalonan terbuka dari panelis di 42 negara dan wilayah seluruh dunia dari Januari hingga Mac tahun ini.

Difahamkan kajian tahun ini merupakan kajian terbesar yang pernah mereka lakukan dimana lebih 45,000 orang dari 42 negara dan wilayah telah ditemu ramah bagi menyusun senarai.

Bagi kategori lelaki  Dr Sheikh Muszaphar Shukor meninggalkan bekas pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei di tangga kedua dan negarawan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad di tempat ketiga.

Menerusi satu perkongsian di Insgtagram dia meluahkan rasa terima kasihnya selepas mengetahui keputusan berkenaan

“I’m humbled, I’m honourd. Thank you so much. Love always,” tulis Sheikh Muszaphar

Bagi kategori wanita pula Siti Nurhaliza mendahului senarai dikuti Nur Amalina Che Bakri di tempat kedua dengan 10.03 peratus dan Nicol David yang memperoleh 6.76 peratus.

Jelas Tokti keputusan itu sebagai satu penghargaan orang ramai terhadapnya.

“Alhamdulillah, saya tak menjangka dan tak terfikir pun benda macam ini. Tapi, apabila ada keputusan menggembirakan, saya bersyukur. Saya rasa ini satu penghargaan orang pada saya.

“Ini semua hasil undian mereka kan. Insya Allah, saya akan terus memberikan contoh dan hasil kerja terbaik, supaya apa saya tonjolkan memberi manfaat kepada orang lain.

“Itu yang saya nak mereka nampak dan hargai. Terima kasih pada semua yang sudah menghargai saya sepanjang saya bergelar anak seni,” katanya kepada Harian Metro

Sebagai rekod ini merupakan tahun ketiga berturut-turut Tokti menjadi indivu paling dikagumi di Malaysia.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.