fbpx
Now Reading
Viral! Busana Songket Pengantin Jadi Tumpuan Ramai

Viral! Busana Songket Pengantin Jadi Tumpuan Ramai

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Impian setiap bakal mempelai ialah untuk kelihatan cantik dan berseri di hari bahagia mereka. Siapa saja yang tidak mahu kelihatan cantik dan segak, bukan?

Seperti pasangan mempelai ini, Tengku Ameera dan Arif Azmi yang mengenakan busana songket rona biru muda ini di hari persandingan mereka.

Rata-rata ramai yang memuji akan kecantikan dan keayuan kedua pasangan ini.

Dalam pada itu, walaupun hari persandingan mereka sudah sebulan yang lalu. Namun, busana pengantin tersebut mula menjadi tumpuan setelah pemilik butik pengantin, Teh Firdaus memuat naik kembali di sosial media.

“Lawanya simple, tapi kenapa aku rasa macam naik seri dia.”

“Cantiknya pakai simple gini… Pretty nya baju macam ni. Nanti kahwin nak baju macam ni sangat simple.”

“OMG CANTIKNYAA BAJU DIA!”

“Kemas je kan dia pakai. Takdala semak dengan labuci sana sini.”

“Songket, seni warisan kita… yang kian dilupai.”

“Jarang tau nak jumpa lelaki sekarang yang nak pakai baju Melayu Johor ni.”

Tambah juga, selain keayuan pasangan pengantin itu, ramai juga yang memuji kecantikan busana tersebut, kata mereka baju tradisi selalu terbaik.

Baju kurung tradisional lengkap dengan Chiffon Keringkam yang berwarna biru muda itu menaikkan lagi seri pengantin terhadap kedua pasangan mempelai itu menjadikan ia terlihat manis dan menawan.

Selepas itu, ramai warganet yang sudah memasang angan-angan untuk memilikinya suatu hari nanti.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.