fbpx
Now Reading
Amerika Syarikat Haramkan Import Produk Sawit Dari FGV, Dakwa Guna Buruh Kanak-Kanak

Amerika Syarikat Haramkan Import Produk Sawit Dari FGV, Dakwa Guna Buruh Kanak-Kanak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/CBPgov/photos/a.2480484428839304/2869969613224115/?type=3&tn=-R

Amerika Syarikat (AS) hari ini dilaporkan telah mengharamkan import produk sawit daripada syarikat syarikat milik penuh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) iaitu FGV Holdings Berhad.

Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan AS (CBP) dalam satu kenyataan memaklumkan pengharaman bermula serta merta iaitu 30 September berdasarkan hasil siasatan yang telah dilakukan mereka sejak setahun lalu yang mendakwa syarikat tersebut mengambil tenaga buruh paksa.

Bukan itu tenaga buruh ditindas, berdepan keganasan fizikal dan seksual, selain meneriman ancaman dan pengenalan diri diambil.

Jelas CBO lagi, hasil siasat turut menemui ada buruh paksa kanak-kanak telah digunakan dalam proses pengeluaran minyak sawit di syarikat tersebut.

CBP kemudiannya mengeluarkan Arahan Tahanan Pelepasan (WRO) terhadap sebarang kemasukan dan penggunaan minyak sawit yang dihasilkan FGV di AS

Dalam pada itu sebelum ini sudahpun mengeluarkan kenyataan menegaskan mereka akan terus komited menghormati hak asasi dan memastikan standard tenaga kerja.

Kenyataan itu turut memaklumkan syarikat itu telah mengambil langkah konkrit sejak beberapa tahun lalu untuk memenuhi komitmen berkenaan termasuk dalam isu pengambilan pekerja asing, tidak mengambil pelarian sebagai pekerja, dan penyediaan tempat tinggal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.