fbpx
Now Reading
“Cantik Tak Rumah Opah Aku..”, Ramai Tak Tahan Siap Ada Roundabout Shah Alam Depan Rumah Nenek Dia

“Cantik Tak Rumah Opah Aku..”, Ramai Tak Tahan Siap Ada Roundabout Shah Alam Depan Rumah Nenek Dia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kalau sekarang ni, kita pusing pusing kampung pun dah susah nak jumpa rumah-rumah kayu kampung, kebanyakannya semua mendirikan rumah batu yang terlihat lebih moden dan cantik.

Menerusi perkongsian di laman Twitter milik seorang jejaka bernama Badrul ini, dia berkongsi gambar rumah tradisional Melayu milik neneknya di Kg Batu 20, Batu Kurau, Perak.

Biarpun, rumah neneknya sudah mencapai usia sekitar 120 tahun itu, namun rumah tersebut masih kelihatan cantik dan terjaga dengan rapi. Ditambah pula dengan hiasan landskap yang menyenangkan di sekitar rumah tersebut.

Dalam pada itu, menerusi perkongsiannya di laman twitter miliknya, dia berkata rumah neneknya pernah dijadikan sebagai lokasi penggambaran bagi filem Balada yang dilakonkan oleh M.Nasir pada tahun 1993, Warkah Terakhir: Rosli Dhoby yang dilakonkan oleh Beto Kusyairy pada tahun 2011 dan berbagai lagi filem yang sudah menggunakan rumah ini sebagai lokasi penggambaran.

Tambah juga, kesihatan pemilik rumah tersebut, Rokiah kini sudah uzur selepas diserang stroke 10 tahun yang lalu.

“So macamni lah suasana dalam rumah waktu raya. Cucu cicit pun dah ramai. Alhamdulilah tak roboh lantai,” katanya apabila rumah neneknya menjadi tempat berkumpul seluruh ahli keluarga yang kini bertambah ramai.

Kini, tweet tersebut sudah mencapai lebih 14.6 ribu retweet dan 43.5 ribu tanda suka di laman Twitter miliknya.

Ia juga mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata ramai yang memuji dan kagum melihat kecantikan rumah kampung tradisional ini.

Ada juga yang mengatakan rumah kampung itu mempunyai ‘roundabout shah alam’ di halaman rumah kampungnya itu.

Roundabout shah alam itu yang dihiasi dengan pokok bunga dikeliling menjadikannya kelihatan seperti bulatan itu adalah salah satu tarikan utama bagi rumah tersebut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.