fbpx
Now Reading
Gaduh Di Restoran Makanan Segera : Polis Sahkan Pemandu Mulakan Pergaduhan & Sudah Ditahan [Video]

Gaduh Di Restoran Makanan Segera : Polis Sahkan Pemandu Mulakan Pergaduhan & Sudah Ditahan [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini kami ada melaporkan mengenai insiden pergaduhan yang tular di sebuah restoran makanan segera di Rawang yang melibatkan pelanggan dan pekerja restoran berkenaan.

Susulan dari kejadian tersebut Mcdonald’s Malaysia telah mengesahkan kejadian berkenaan berlaku di sebuah rangkaian restoran mereka di Rawang Selangor.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan yang pelanggan tersebut sudahpun ditahan bagi membantu siasatan.

Menurut beliau lagi, pemandu berkenaan juga didapati mengalami kecacatan mental. dan telah memulakan pergaduhan dengan menyerang pekerja berkenaan di kaunter pandu lalu.

“Pemandu tersebut telah ditahan untuk membantu siasatan dan dia didapati mengalami kecacatan mental. Siasatan lanjut sedang dilakukan,”

“Insiden itu melibatkan pemandu dan dua kakitangan restoran,” kata Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe.

Lihak rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di bawah di minit 1:52 :

Rakaman CCTV Gaduh Di McD Rawang

Rakaman yang diambil dari CCTV didalam Premis Mcdonald's Rawang Malaysia susulan dari insiden pergaduhan di pandu lalu mereka

Posted by BuzzKini on Thursday, October 1, 2020

Mcdonald’s juga difahamkan sedang mendapatkan nasihat undang-undang memandangkan petugas mereka telah dikasari.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.