fbpx
Now Reading
Tak Tahan Asyik Bertengkar Dengan Isteri, Lelaki Panjat Pencawang Cari Ketenangan

Tak Tahan Asyik Bertengkar Dengan Isteri, Lelaki Panjat Pencawang Cari Ketenangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka hanya kerana tidak tahan mendengar bebelan isterinya seorang lelaki di Uttar Pradesh, India nekad memanjat menara pencawang telekomunikasi.

Tidak sekadar memanjat lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Tejpal Singh malah duduk termenung di puncak menara tersebut.

Difahamkan dia bertindak sejauh itu kerana ingin menyejukkan hatinya yang terlalu berang kerana acap kali bertengkar dengan si isteri.

Risaukan keselamatannya, orang ramai yang gagal memujuk lelaki berkenaan untuk turun kemudiannya menghubungi pihak polis. Polis kemudiannya berjaya memujuk lelaki berkenaan untuk turun.

“Saya muak dengan isteri saya. Dia cuba mengenakan saya dengan pelbagai tuduhan palsu. Malangnya polis pun enggan mendengar penjelasan saya.

“5 tahun isteri saya sudah berkelakuan sebegini”

“Saya rasa mahu memutuskan hubungan ini,” kata Tejpal memetik laporan berita tempatan.

Menerusi laporan Hindustan Times, dia juga memanjat pencawang berkenaan kerana polis tidak menerima aduannya sebelum ini

Menurut polis ini merupakan perkahwinan kedua bagi Tejpal dan isterinya. Mereka berdua berkahwin selepas pasangan masing-masing meninggal dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.