fbpx
Now Reading
Aktiviti Sukan Lasak ‘Rope Swing’ Diarah Henti Serta Merta, Tiada Permit Sejak 2017

Aktiviti Sukan Lasak ‘Rope Swing’ Diarah Henti Serta Merta, Tiada Permit Sejak 2017

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Beberapa hari lalu tular insiden kemalangan membabitkan seorang wanita sewaktu sedang bermain aktiviti sukan ekstrem ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Mangsa, Siti Halijah Abd Rahim yang berusia 33 tahun dilaporkan tergantung pada ketinggian 10 meter sebelum terjadi masalah teknikal pada kabel menyebabkan mangsa terjatuh dan terhempas ke dalam sungai sehingga mengalami patah tulang belakang.

Insiden berkenaan ternyata menggemparkan memandangkan ia adalah kejadian pertama membabitkan sukan lasak berkenaan di dalam negara.

Aktiviti diarah henti serta merta

Susulan dari kejadian tersebut, portal SelangorKini yang dimiliki anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), melaporkan kerajaan negeri telah mengarahkan semua aktiviti hayunan tali tinggi sedemikian dihentikan serta-merta.

Lebih mengejutkan apabila laporan tersebut menyebut Pihak Berkuasa Setempat (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) tidak pernah mengeluarkan lesen kebenaran kepada penganjur sukan tersebut sejak 2017.

Tiada permit sejak 2017 dan pernah diarah henti operasi oleh polis

Menurut EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman, hasil maklumat awal, Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) tidak pernah mengeluarkan kebenaran dan permit kepada penganjur untuk menjalankan aktiviti berkenaan sejak 2017.

“Malah mereka pernah mendapat arahan polis untuk menghentikan operasi itu, tetapi gagal menurut arahan dan meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlakunya kejadian tidak diingini.

“Ekoran kemalangan pada 27 September yang melibatkan seorang wanita terhempas itu, MDHS telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan serta mengosongkan kawasan terbabit,” katanya kepada SelangorKini.

Tambah beliau lagi, kerajaan negeri akan turut memantau perkembangan semasa mangsa.

“Kerajaan Negeri juga akan memantau dan mendapatkan perkembangan semasa mangsa, Siti Halijah Abd Rahim. Saya mendoakan supaya beliau kembali sembuh dari kecederaan yang dialami.”

EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.