fbpx
Now Reading
“Kami Dipanggil Hanya Untuk Memberi Kerjasama” – Siti Sarah

“Kami Dipanggil Hanya Untuk Memberi Kerjasama” – Siti Sarah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CFz0Fn_lChA/

Sejak semalam kecoh di media sosial selepas akhbar tempatan melaporkan pasangan selebriti Shuib Sepahtu dan Siti Sarah dilihat berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Kehadiran mereka disana kemudianya disahkan syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music Sdn Bhd yang memaklumkan artis mereka Siti Sarah hanya menemani suaminya bagi memberi keterangan kepada SRPM berhubung kes pengubahan wang haram.

Terbaru Siti Sarah menerusi satu perkongsian di Instagram melahirkan rasa syukurnya selepas Shuib selesai memberi keterangan pada lewat malam tadi.

Bersama posting tersebut dia turut berkongsi kepada orang ramai foto mereka berdua di hadapan bangunan SPRM.

“Alhamdulillah syukur…Kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama,” tulis Sarah yang memakai tudung berwarna hitam di dalam foto tersebut.

Siti Sarah turut memaklumkan kerjasama yang diberikan kepada pihak SPRM adalah sebagai tanda mereka menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

“Kami menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia,” tulisnya lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.