fbpx
Now Reading
Meninggal Dunia Pagi Jumaat, Ini Antara Pencapaian MP Batu Sapi,VK Liew Sebagai Ahli Politik

Meninggal Dunia Pagi Jumaat, Ini Antara Pencapaian MP Batu Sapi,VK Liew Sebagai Ahli Politik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CF1TSjuJGJ1/

Baru sahaja selesai PRN Sabah, Malaysia dikejutkan dengan pemergian Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Liew Vui Keong yang meninggal dunia hari ini .

Mendiang yang juga Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah( Warisan) dilaporkan menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang menerima rawatan di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu seperti yang disahkan oleh partinya.

Pemergian beliau turut dirasai ramai ahli politik baik rakan mahupun seterunya. Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut menzahirkan ucapan takziah diatas kehilangannya.

Mendiang Datuk Liew yang lebih dikenali dengan nama VK Liew juga merupakan mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) sewaktu di era pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Untuk mereka yang tidak tahu VK Liew sebenarnya merupakan bekas Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) , sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Beliau juga sebelum ini pernah menganggotai kabinet di era Barisan Nasional sebagai Timbalan Menteri di JPM (2009-2013) dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I (Perdagangan Antarabangsa) (2008)

Satu yang pasti, kehilangan beliau yang juga seorang peguam, pastinya akan menjadi satu kehilangan besar buat landskap politik negara khususnya di Sabah.

Sebagai memperingati pemergiannya di bawah kami kongsikan beberapa pencapaian dan usaha beliau sejak beberapa tahun lalu khususnya sewaktu memegang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) selama 22 bulan .

Foto : Twitter VK Liew

#1 Berjaya dalam usaha meminda Undi18

Antara kejayaan besar mendiang sebagai Menteri Undang-udang adalah usahanya bersama ramai ahli parlimen untuk meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Selain itu RUU itu juga untuk meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak untuk menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Hasil dari kejayaan itu juga, pengundi baru yang layak kini tidak perlu lagi mendaftar secara manual sebagai pengundi di Suruhanjaya Pilihan Raya sebaliknya ia akan dilakukan secara automatik.

Secara tidak langsung jumlah pengundi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan melonjak daripada 14.9 juta kepada 22.7 juta pada tahun 2023.

Dapat sokongan 211 ahli parlimen

Lebih manis apabila RUU tersebut mendapat sokongan majoriti dari barisan ahli parlimen kerajaan (PH) dan pembangkang (BN/GPS/PAS dll) pada ketika itu dengan undian majoriti 211 ahli menyokong melebihi jumlah yang diperlukan iaitu 148 orang.

#2 Berjaya dalam usul wajibkan semua Ahli Parlimen isytihar Aset

VK Liew sewaktu sidang media di Parlimen Foto : BH/ NSTP

Dewan Rakyat pada 1 Julai 2019 sebulat suara untuk meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk Perdana Menteri dan MP dari blok pembangkang mengisytiharkan harta masing-masing.

Usul tersebut yang dikemukakan mendiang telah diluluskan selepas dibahas 26 Ahli Parlimen.

Speaker Dewan Rakyat pada waktu itu Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, memaklumkan usul itu diluluskan sebulat suara tanpa sebarang bantahan baik dari blok kerajaan mahupun pembangkang.

#3 Berjaya Mansuhkan Akta AntiBerita Tidak Benar 2018

Foto : Awani

Satu lagi kejayaan beliau dan pasukannya adalah berjaya dalam mendapatkan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) bagi memansuhkan Akta Antiberita Tidak Benar di Dewan Rakyat pada Ogos 2018

RUU tersebut mendapat ujian majoriti dan diluluskan setelah dibaca kali ketiga di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada ketika itu Datuk Mohamad Ariff Md Yusof .

Mendiang yang membentangkan RUU itu bagi bacaan kali pertama sebelumnya menjelaskan pemansuhan itu perlu disebabkan perubahan dasar kerajaan yang berita tidak benar boleh ditangani di bawah undang-undang sedia ada, seperti Kanun Keseksaan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta AKMM 1998.

#4 Lancar Pelan Anti Rasuah Nasional 2019

Sewaktu masih menjawat jawatan sebagai Menteri di JPM, mendiang turut terlibat dan merupakan orang penting dalam menjayakan salah satu manifesto PH iaitu ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Ianya dibuktikan apabila bekas Perdana Menteri Tun Mahathir berjaya melancarkan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 sebagai satu inisiatif kerajaan mengawal rasuah dalam negara.

Pelan tersebut dibangunkan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC) dan turut mendapat kerjasama dari agensi-agensi kerajaan lain.

Selain dari kejayan-kejayaan di atas, banyak lagi inisiatif mendiang dan pasukannya. Jelas kehilangan beliau pastinya satu kehilangan buat penduduk Batu Sapi, Sabah dan juga Malaysia.

Untuk lihat pencapaian penuh mendiang ikuti perkongsian bebenang Twitter yang pernah dibuat mendiang di sana.

Selain dari kejayaan-kejaan ini mendiang juga terlib

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.