fbpx
Now Reading
Jejaka Gambia Berkahwin Dengan Wanita 68 Tahun, Selepas Terima £54,000

Jejaka Gambia Berkahwin Dengan Wanita 68 Tahun, Selepas Terima £54,000

Alka, 32, beli tanah dan gunakan sebanyak £54,000 membina rumah impian yang ada kolam renang dan taman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang jejaka yang berasal dari Gambia, kini telah sah berkahwin dengan pelancong wanita dari Belgian yang berusia 68 tahun itu.

Menerusi sebuah dokumentari yang disiarkan pada hari selasa malam, jejaka Gambia yang dikenali sebagai Alka, 32, ini mengakui telah jatuh hati kepada isterinya ketika dia datang untuk melancong ke negaranya, Gambia.

“Saya mencari sebuah perhubungan yang baik. Ini adalah peluang,” katanya kepada wartawan, Seyi Rhodes didalam satu klip daripada rancangan tersebut.

“Saya buat segalanya untuk dia, tak susah nak jadi baik,” katanya lagi.

Meski, Alka tidak pernah meminta wang kepadanya, namun bakal isterinya memberikan kepadanya wang berjumlah £54,000 (RM263534.76) untuk membina rumah impian mereka di Gambia.

Isterinya, Francoise juga mengirimkan wang berjumlah £273 (RM1332.31) setiap bulan sebagai ‘duit makan’ kepada Alka, wanita Belgian ini berkata dia merasakan seperti dilahirkan semula dan merasa peluang kedua dalam hidup.

Alka dan Francoise yang berusia 68 tahun itu berkahwin pada akhir episod dokumentari itu dan mengirim klip video perkahwinan mereka kepada Seyi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.