fbpx
Now Reading
Kerna Sayang, Ibu Tekad Tunggang Motosikal Sejauh 50KM Untuk Daftar Anak Masuk Universiti

Kerna Sayang, Ibu Tekad Tunggang Motosikal Sejauh 50KM Untuk Daftar Anak Masuk Universiti

Kasih ibu bawa ke syurga. Pengorbanan seorang ibu sanggup redah demi capai impian anak lanjutkan pelajaran ke universiti

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap ibu bapa pastinya mahukan inginkan kejayaan buat anak-anak mereka. Malah demi mengapainya mereka sanggup melakukan apa sahaja meski terpaksa meredah hujan, memerah keringat dan pelabagai lagi pengorban.

Sama juga seperti Pn Jumiati Masud yang sanggup meredah perjalanan sejauh 50 kilometer demi menghantar anak lelakinya yang akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM).

“Semua ibu akan lakukan yang terbaik untuk anak-anaknya,” katanya yang meredah perjalanan jauh dari Seberang Perai Selatan untuk tiba ke sana.

Jumiati, 53 tahun difahamkan menaiki motosikal bersama anak lelakinya, Muhammad Izzulhaq Mohamed Husnan, 19, membawa beg bagasi dan beberapa keperluan lain ketika sesi pendaftaran dijalankan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Jelas ibu kepada tiga anak itu lagi, dia memilih untuk menghantar Izzulhaq kesana bagi memberikan keselesaan kepada anaknya bagi menuntut ilmu dalam keadaan yang kondusif.

Menerusi Media USM, pihak universiti sebelum ini memberikan tiga pilihan kepada pelajar baru untuk mendaftar dimana mereka boleh :

1. Hadir mendaftar dan pulang bersama waris
2. Hadir mendaftar dan tinggalkan barang di asrama atau
3. Daftar dan terus tinggal di asrama.

“Saya memilih untuk anak saya tinggal di asrama. Biarlah Muhammad Izzulhaq belajar dalam suasana yang terbaik kerana jika di rumah, kemudahan internet tidaklah begitu baik dan kami tiada kemudahan wifi atau sebagainya,” ujarnya lagi.

Tambahnya lagi, dia cuma mahu anaknya untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang berguna. Juamiati juga berharap agar anaknya, Muhammad Izzul dapat merasai sendiri suasana menjalani kehidupan baru sebagai seorang mahasiswa universiti.

“Saya hanya mahu mereka belajar bersungguh-sungguh dan menjadi insan yang berguna.

“Saya juga bersyukur dan gembira kerana hasrat Muhammad Izzulhaq untuk melanjutkan pengajian di USM dalam jurusan pendidikan dimakbulkan Allah,” jelas Jumiati .

Jual kuih sebagai punca pendapatan menyara kehidupan keluarga

Jumiati yang menyara kehidupannya bersama tiga orang anaknya itu dengan menjual kuih sahaja sebagai punca pendapatan.

Selain itu, motosikal adalah pengangkutan utama untuk mencari rezeki buat keluarga ini.

“Sebelum ini Muhammad Izzulhaq pernah menerima tawaran dari sebuah universiti di Kuala Lumpur, namun kami terpaksa menolak kerana keadaan kewangan tidak mengizinkan,” katanya.

Jumiati berasa bersyukur kerana anaknya diterima melanjutkan pengajiannya ke USM yang lebih dekat dan berada dalam negeri yang sama.

Berazam untuk belajar bersungguh-sungguh

Di samping itu, Muhammad Izzulhaq meluah rasa kerisauan akan ibunya yang keseorangan pulang ke rumah mereka di Simpang Empat.

“Saya juga risau lihat ibu balik sendiri ke Simpang Empat. Namun terpaksa akur kerana ibu tekad dan sanggup bersusah-payah demi saya. Saya berdoa Allah permudahkan urusan saya untuk menuntut ilmu di USM,” katanya sambil memikirkan keadaan ibunya.

Muhammad Izzulhaq yang mendapat keputusan cemerlang di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang ini berazam untuk belajar bersungguh-sungguh demi membalas jasa ibunya.

Dia yang mendapat PNGK 3.96 ketika di matrikulasi ini merupakan antara pelajar yang diterima dalam jurusan Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan dan mendaftar pada hari kedua sesi pendaftaran pandu lalu sidang akademik 2020/2021 di USM, semalam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.