fbpx
Now Reading
1 Utama Pula Catat Kes Positif Covid-19

1 Utama Pula Catat Kes Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/1Utama/photos/a.404792191688/10157348259466689/?type=3

Selepas beberapa pusat membeli belah di ibu kota mencatatkan kes positf Covid-19 pada minggu lalu, kini pusat membeli-belah terkenal di Bandar Utama, Petaling Jaya iaitu 1 Utama atau lebih dikenali dengan gelar OU pula menyusul

Perkara tersebut dikongsikan pengurusan 1 Utama menerusi laman rasmi Facebook mereka pada pagi tadi.

“Kini giliran kami pula dengan berat hati memaklumkan yang pihak pengursan kami baru sahaja mengetahui secara verbal bahawa terdapat satu kes COVID-19 melibatkan staf dari Mac City Service Centre yang terletak di Lot S330, Tingkat 2, 1 Utama”

Menurut mereka staf syarikat barangan IT itu kali terakhir memasuki bangunan berkenaan dikesan dengan suhu di bawah 37.4 darjah celcius.

Dia bagaimanapun kali terakhir berada di premis bekernaan adalah pada 30 September kerana bercuti pada keesokan harinya

Menerusi notis berkenaan lagi individu terbabit kini sudahpun mendapatkan rawatan di sebuah hospital kerajaan manakala kesemua rakan sekerjanya sedang menjalani kuarantin.

Ekora dari insiden tersebut Mac City Centre menutup sementara premis mereka bagi menjalankan sanitasi dan kerja pembersihan menyeluruh.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.