fbpx
Now Reading
“Jangan Takut Kepada Covid? Anda Memang Kejam!” – Captain America, Mandy Moore Tempelak Donald Trump

“Jangan Takut Kepada Covid? Anda Memang Kejam!” – Captain America, Mandy Moore Tempelak Donald Trump

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon terkenal Hollywood Chris Evans yang terkenal dengan watak Captain America dan penyanyi Mandy Moore masing-masing menempelak Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di atas muat naik yang dilakukannya di Twitter.

Trump menerusi kenyataan tersebut memaklumkan yang dia akan meninggalkan Walter Reed Medical Center (semalam) . Namun menerusi kenyataan sama dia meminta orang agar tidak takut pada Covid-19

Malah Trump dilihat memperlekehkan virus maut tersebut apabila berkata dia berasa lebih sihat berbanding 20 tahun dahulu.

Tweet Trump berkenaan kemudian menyebabkan Captain America , Mandy Moore dan ramai rakyat AS berang dan langsung tidak bersetuju dengan pendapatnya.

Anda rasa semua ada akses (rawatan) seperti anda ?

Jelas Chris Evans ucapan Trump itu seolah tidak menghiraukan sentimen dan golongan bawahan dan pertengahan yang bedepan kesukaran mendapatkan rawatan dan ubat dari hospital di sana

Tambahnya kesemua mereka juga tidak mendapat akses sama seperti yang diberikan kepada Presiden AS tersebut

“Anda paling kejam! “

Mandy Moore juga meluahkan perkara yang sama dan menyifatkan Trump terlalu kejam apabila mengeluarkan kata-kata demikian.

Dia yang begitu berang meminta Trump untuk menyatkan kata-katanya kepada keluarga yang telah kehilangan orang kesayangan disebabkan oleh wabak maut tersebut.

Trump tanggal mask

Malah lebih menyakitkan hati orang ramai apabia Trump dilihat menanggalkan pelitup mukanya sebaik tiba di White House sedangkan dia belum lagi disahkan pulih atau negatif dari Covid-19

Foto CNN
Foto: Nicholas Kamm/AFP

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.