fbpx

Padah Simbah Air Pada Jurutol, Pemandu Bezza Dicekup Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara menyimbah air pada jurutol di Lebuh Raya Shah Alam ( KESAS), seorang lelaki telah di tahan polis susulan dari laporan polis yang dilakukan mangsa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, lelaki berusia 30-an itu ditahan selepas berjaya dikesan sepasukan polis yang sedang menjalankan siasat mengenai kes berkenaan.

“Kejadian itu berlaku pada 7 pagi semalam ketika mangsa bertugas di Plaza Tol Kesas dari Puchong menghala ke USJ didatangi suspek yang memandu Perodua Bezza masuk ke lorong tol dan mahu membuat tambah nilai.

“Bagaimanapun, mangsa memaklumkan bahawa tambah nilai hanya boleh dibuat di lorong bersebelahan dan suspek ke lorong seperti disyorkan sebelum berlalu pergi.

SIMBAH AIR MILO KEPADA PETUGAS TOL : SUSPEK DIBERKAS #RMPTVVIRAL 05 OKTOBER 2020

SIMBAH AIR MILO KEPADA PETUGAS TOL : SUSPEK DIBERKAS #RMPTVVIRAL 05 OKTOBER 2020PADAH MEMBALING PLASTIK MINUMAN BERISI AIR KEPADA PETUGAS TOL. TULAR DI MEDIA SOSIAL SEORANG LELAKI MEBALING PLASTIK MINUMAN YANG MENGANDUNGI AIR MILO KEPADA PETUGAS TOL DI LEBUHRAYA KESAS. BUTIRAN LANJUT MENGENAI KES INI, KITA BERSAMA ACP RISIKIN BIN HJ. SATIMAN KETUA POLIS DAERAH SUBANG JAYA. AWAS ANDA DIPERHATIKAN ! BERSAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH, KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI.

Posted by PDRM RMP TV on Monday, October 5, 2020

“Pada 9.05 pagi hari sama, suspek datang semula ke tempat mangsa bertugas dan memarahi serta menyimbah air minuman ke arah mangsa sebelum beredar,” katanya menerusi rakaman video di PDRM RMP TV.

Mangsa yang khuatir dengan keselamatannya kemudian terus membuat laporan polis pada jam 4.25 petang hari yang sama.

Tambah Risikin lagi, kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan aksi seorang lelaki bertindak menyimbah air minuman yang dipercayai Milo Ais kepada jurutol .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.