fbpx
Now Reading
Takut Ditipu Scammer? Guna Aplikasi Ini Untuk Semak Akaun Bank & No Telefon Pihak Ketiga

Takut Ditipu Scammer? Guna Aplikasi Ini Untuk Semak Akaun Bank & No Telefon Pihak Ketiga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Buat mereka yang sangat berjaga-jaga namun gemar membeli barang secara online, sebelum ini satu-satunya langkah untuk untuk menyemak status akaun bank pihak atau no telefon orang yang sedang kita berurusan adalah dengan melayari portal Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia 

Meskipun terbukti berkesan, namun anda kini boleh melakukannya dengan lebih pantas dan mudah dengan hanya  memuat turun aplikasi Semak Mule CCID.

Aplikasi yang dihasilkan Unit CCID PDRM ini adalah sama seperti portal mereka, dimana ia dicipta untuk orang ramai menyemak sama ada akaun bank pihak ketiga (kebiasanyaan penjual) tersebut ada dalam rekod polis atau sebaliknya bagi mengelakkan ditipu.

Mudah bukan? Namun harus diingatkan agar berhati-hati dalam membuat pindahan wang kerana dikhuatiri akaun bank atau telefon tersebut masih belum didaftarkan dalam JSJK PDRM.

Untuk anda yang berminat boleh memuat turun aplikasi ini dari Google Play Store. Aplikasi Semak Mule CCID setakat ini hanya ditawarkan untuk peranti Android sahaja.

Buat pengguna IOS seperti kami, sama-samalah kita nantikan agar pihak JSJK dapat menawarkan aplikasi ini pula untuk kita. Jadi sementara ini pengguna IOS kekallah menyemak di laman portal Semak Mule

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.