fbpx
Now Reading
Didakwa Tak Pakai Gelang Pink, Pejabat PM Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Didakwa Tak Pakai Gelang Pink, Pejabat PM Tampil Perjelas Keadaan Sebenar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sidang media Covid-19 dan Perutusan Khas Perdana Menteri semalam benar-benar lain dari biasa.

Ianya terpaksa dilakukan di rumah memandangkan banyak pegawai atasan kerajaan termasuk Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa menjalani kuarantin kendiri 14 hari selepas hadir bermesyuarat bersama Menteri Agama yang disahkan positif Covid-19 beberapa hari lalu

Namun sewaktu perutusan khas Perdana Menteri sedang berlangsung media sosial mula gamit apabila netizen mendakwa Muhyiddin tidak memakai gelang pink yang kebiasannya diwajibkan kepada mereka yang sedang menjalani kuarantin

Ianya kemudiannya mencetuskan perdebatan hebat di media sosial dimana ada yang meluahkan rasa tidah puas hati dan menyatakan ia double standard manakala segelintir menyatakan Perdana Menteri bukan kontak rapat dan perlu menjalani HSO untuk diwajibkan memakai gelang pink

Susulan dari itu, PMO telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi termasuk di media sosial bagi menjawab segala tohmahan yang dilemparkan pengguna media sosial berkenaan penggunaan gelang kuarantin.

PM tidak diberikan gelang pengawasan oleh KKM

“Berdasarkan penilaian risiko yang dibuat oleh pegawai KKM pada 5 Oktober, YAB Perdana Menteri dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri, di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan Home Assement Tool (HAT) dalam aplikasi MySehahtera.

Sehubungan itu beliau tidak dikehandaki oleh KKM untuk memakai gelang pengawasan.

Juseru dakwaan YAB Perdana Menteri melanggar arahan KKM adalah tidak benar” tulis pada kenyataan itu.

Malah menerusi kenyataan sama, Perdana Menteri telahpun disahkan negatif pada 6 Oktober malah sudah melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalau iaitu pada 22, 26 dan 29 September dan kesemuanya adalah negatif.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.