fbpx
Now Reading
Lain Dari Lain, Pegawai Penjara Amerika Syarikat Gunakan Lagu Baby Shark Untuk Seksa Tahanan

Lain Dari Lain, Pegawai Penjara Amerika Syarikat Gunakan Lagu Baby Shark Untuk Seksa Tahanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Percaya atau tidak, lagu Baby Shark yang menjadi kegilaan anak kecil di seluruh dunia menjadi topik hangat mengisi dada akhbar di Amerika Syarikat apabila ianya dijadikan lagu untuk menyeksa banduan.

Menerusi laporan SCMP, dua orang bekas pegawai penjara Oklahoma County pada Isnin lalu telah dihadapkan ke mahkamah dan didakwa atas kesalahan menyiksa tahanan semasa masih bertugas sebagai pegawai penjara di penjara berkenaan.

Kedua mereka, Gregory Cornell Butler Jr. dan Christian Charles Miles yang masing-masing berusia 21 tahun difahamkan mendera mental beberapa orang banduan dengan memainkan lagu berkenaan berulang kali kepada tahanan yang digari sambil kepala mereka ditekup dinding

Malah mereka meneruskan penyiksaaan berkenaan tanpa henti selama hampir 2 jam.

Lebih menarik apa mereka menggunakan hukuman tersebut adalah untuk untuk mengajar para bandunan memandangkan tindakan tata tertib yang diberikan sebelum ini tidak mencukupi

Menerusi laporan SCMP lagi, sekurang-kurangya terdapat empat orang banduan yang penah dikenakan hukuman sebegini pada tahun lalu iaitu di antara bulan November ke Disember

“Malangnya, saya tidak dapat menemukan undang-undang yang sesuai untuk jenayah ini,” kata Peguam Daerah David Prater kepada The Oklahoman. “Saya rasa [pelaku] harus dihukum.”

Selain mereka penyelia mereka Christopher Raymond Hendershott, 50 yang sudahpun bersara turut berdepan tuduhan dimana dia didakwa membiarkan kedua mereka menyiksa para banduan sedangkan dia menyedari perkara berkenaan

Sebagai rekod Baby Shark dipopularkan oleh Pinkfong pada tahun 2016. Malah ia bagaikan satu fenomena apabila bukan hanya kanak-kanak malah ia menjadi siualan anak muda.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.