fbpx
Now Reading
Terkesan Dengan Kisah Remaja Gelandangan Ini, Pak Cik Shell Bantu Berikan Kerja Siap Hostel

Terkesan Dengan Kisah Remaja Gelandangan Ini, Pak Cik Shell Bantu Berikan Kerja Siap Hostel

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sedih bila mendengarkan kisah hidup adik Shahril yang tinggal seorang diri di tepi dinding bangunan dan tidur beralaskan kertas kadbod itu menceritakan kisahnya yang terpaksa keluar dari rumah setelah kematian ibunya.

Itulah kisah yang diceritakan adik Shahril kepada Shairan Huzani Husain atau mesra dipanggil Pakcik Shell.

Menurut perkongsian Pakcik Shell di laman Instagram miliknya, dia menemui adik Shahril semasa dalam perjalanannya pulang dari kerja.

Tambahnya, apabila menanyakan sedang melakukan apa pada ketika itu, adik Shahril mengatakan dia sedang mengumpul barangan kitar semula untuk dijual.

Apa yang menyentuh perasaan Shairan ketika itu, apabila adik Shahril menunjukkan tempat dimana dia tinggal dan Shairan berasa sangat sedih kerana masih ada insan yang tersisih seperti adik ini.

“Di negara kita, agak sedih ada insan tersisih sebegini.

“Setiap hidup kita tentunya ada cabaran, adik shahril terpaksa keluar rumah setelah ibunya meninggal.

“Bila kita rasa susah, percayalah ada yang sedang diuji lebih dari kita,” katanya menerusi kapsyen yang dibuat di laman Instagram miliknya.

Dalam pada itu, pakcikshell juga memberitahu bahawa adik Shahril sudah mendapatkan kerja di stesen yang menyediakan hostel buat adik Shahril ini setelah dia memberitahu Shairan bahawa dia ingin bekerja.

“Malam nanti kita bawa dia ke tempat kerja. Kita doakan tuhan mudahkan hidup beliau dan semoga suatu hari nanti dia pun boleh berjaya macam awak,” tulisnya lagi di ruangan kapsyen.

Menerusi ruangan komen milik Shairan Huzani itu, rata-rata ramai yang memberikan komen yang positif selain memberikan sokongan buat adik Shahril agar tabah menjalani cabaran yang akan datang. Netizen juga mendoakan agar Shairan dimurahkan rezeki kerana menolong orang yang dalam kesusahan.

Semoga pertolongan Shairan kepada adik Shahril ini dapat memberikan sinar baru buat adik ini untuk berjaya dalam hidup dan maju ke hadapan. Amin

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.