fbpx
Now Reading
Apa Itu Macau Scam & Bagaimana Modus Operandi Mereka

Apa Itu Macau Scam & Bagaimana Modus Operandi Mereka

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa minggu ini masyarakat kita hangat memperkatakan mengenai penangkapan beberapa individu termasuk mereka yang bergelar Datuk Seri kerana disyaki terlibat dengan penggubahan wang haram dan juga sindiket Macau Scam.

Malah difahamkan ada di antara individu ini yang menggunakan perniagaan beberapa orang artis dan selebriti untuk mencuci duit mereka antaranya pelawak terkenal dan juga usahawan berjaya Shuib Sepahtu yang terlebih dahulu sudah dipanggil bagi membantu siasatan.

Lebih mengejutkan orang ramai apabila dua pegawai polis kemudiannya turut ditahan SPRM dipercayai ada kaitan dengan judi online dan juga sindiket Macau Scam itu.

Foto : Malaysia Gazette

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki kemudiannya mengesahkan terdapat seramai 20 individu termasuk lapan anggota polis telah ditahan berhubung kes berkenaan

Jels Azam Baki lagi, SPRM setakat ini telah membekukan 750 akaun membabitkan nilai RM75 juta milik sindiket tersebut yang sebelum ini melakukan aktiviti menguci wang mereka dengan menggunakan perniagaan artis yang sah.

Jadi apakah Macau Scam? Dan bagaimana mereka beroperasi?

Menurut PDRM, sindiket Macam Scam atau Telecommunication Fraud ini didalangi oleh warga tempatan dan warga asing yang cuba menipu mangsa mereka dengan membuat panggilan mendakwa mereka dari ssesebuah institusi kewangan.

Ia kebiasaanya dilakukan menggunakan talian antarabangsa dari lokasi di Asia Timur seperti China, Taiwan Hong Kong dan juga dari dalam negara

Mereka kemudiannya akan cuba memerangkap mangsa menggunakan salah satu modus operadi mereka iatu :

#1 Cabutan Bertuah (lucky draw)
#2 Tipu Culik & Minta Wang Tebusan
#3 Spoofing (Menyamar menjadi pegawai kerajaan seperti Polis/SPRM/Mahkamah dsb)
#4 Spoofing (Menyamar menjadi pegawai bank BNM/ bank komersial)

Infografik : Bernama

Melalui 4 modus operandi ini mereka kemudiannya akan cuba mendapatkan maklumat peribadi anda seperti no akaun kad debit dsb.

Mangsa yang terpedaya kemudiannya akan menyalurkan segala maklumat mereka termasuk maklumat kewangan dan akhirnya kerugian beribu-ribu ringgit

Namu modus yang paling menakutan orang ramai apabila mereka menggunakan teknik spoofing yang menyamar menjadi pegawai bank ataupun pihak berkuasa.

Keasemua panggilan inilah yang digelarkan Macau Scam ataupun Telecommunication Fraud

Salah satu Modus Operandi Macam Scam (Spoofing pegawai Bank)

  • Mangsa mendapat panggilan telefon mengatakan kad kredit/debitnya digunakan di sebuah pusat beli-belah.
  • Mangsa menafikan mempunyai sebarang kad kredit di bank tersebut dan sindiket berjanji akan berhubung dengan BNM mengenai masalah tersebut.
  • Beberapa minit kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang perempuan yang kononnya daripada BNM dan meminta semua maklumat peribadi mangsa.
  • Bagi menyekat kad supaya tidak disalahgunakan, mangsa diarahkan pergi ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • Apabila sampai di ATM, mangsa sekali lagi menerima satu panggilan telefon yang memberikan arahan sehingga transaksi selesai.
  • Mangsa hanya sedar ditipu setelah transaksi selesai. Tanpa disedari mangsa telah membuat pemindahan wang kepada akaun pihak ketiga.

Ngeri bukan ?? Jadi apa yang patut anda lakukan sekiranya berdepan situasi sebegini?

Tak usah panik ,jangan ikut arahan mereka sebaiknya terus membuat laporan polis atau institusi kewangan berkaitan. Jangan cuba untuk menghubungi kembali nombor telefon yang anda terima sebaliknya dapatkan nombor rasmi organisasi tersebut.

Elakkan dari mendedahkan sebarang butiran perbankan anda seperti nombor akaun bank, kad kredit/debit kepada orang tidak dikenali.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.