
Dakwa Foto Aib Dr Noor Hisham Tidak Berseluar Hanya Gurauan, Polis Panggil Pemilik Akaun Mgag
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Media sosial sejak dua hari lalu panas selepas satu akaun FB yang terkenal dengan Meme menarik telah memuat naik foto suntingan yang memperlihatkan Ketua Pengarah Kesihatan tidak berseluar sewaktu mengadakan sidang media di rumahnya
Work from home vibes” , meme by Cho Jung Yang, tulisnya pada sebelah atas keterangan foto yang kemudian turut ditulis; Dr Hisham doing live broadcast from quarantine .

Gambar tersebut nyata menaikkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia dimana ramai menyifatkan pengendali laman berkenaan biadap dan langsung tidak menghormati beliau.
Pemilik berkenaan kemudiannya membuat permohonan maaf dan menyatakan yang niatnya hanya bergurau dan langsung tidak berniat untuk mengaibkan Dr Noor Hisham yang padanya telah bekerja keras untuk negara.
Jelasnya lagi, gurauannya itu hanyalah untuk meredakan ketegangan memandangkan negara ketika ini sekali lagi berdepan peningktan kes dalam wabak Covid-19

Terbaru pihak polis dilaporkan akan memanggil pemilik akaun Facebook berkenaan selepas satu laporan dibuat ke atas mereka berhubung perkara tersebut.
Difahamkan laporan tersebut dibuat di Senawang, Negeri Sembilan menyebabkan polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid kemudian mengesahkan perkara berkenaan kepada Harian Metro.
“Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya lagi kepada BH