fbpx
Now Reading
[Dikemasikini] Ini Senarai Lokasi Di Lembah Klang Yang Mempunyai Kes Positif Covid-19

[Dikemasikini] Ini Senarai Lokasi Di Lembah Klang Yang Mempunyai Kes Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/CGEKMF3FOUs

Terbaru :

  • Midvalley Megamall & The Gardens pada 11 Oktober & 12 Oktober
  • Bangsar Shopping Centre
  • Tropicana Golf & Country Club (ditutup)
  • One Utama (ditutup)

Penularan kembali COVID-19 di dalam negara kita ketika ini dilihat semakin membimbangkan. Dalam usaha menangani wabak ini kerajaan pada 7 Oktober telah melaksanakan PKPB dia 4 daerah iaitu Klang di Selangor serta Sandakan, Papar dan Tuaran Di Sabah dan menutup sempadan Sabah bermula 12 Oktober .

Ia menyusul selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di beberapa buah kawasan di Kedah dan Sabah.

Bagi penduduk Lembah Klang pula, meskipun kes dilihat masih terkawal, namun ramai yang meluahkan rasa gusar memandangkan semakin banyak tempat secara rawak yang dilaporkan mempunyai kes positif baik di sekolah, universiti, pusat perbankan , pejabat , pusat beli belah dan banyak lagi.

Justeri di bawah kami senarai kan di bawah lokasi-lokasi di lembah klang yang terjejas atau sekurang-kurangnya mempunyai satu kes positif sejak penghujung September 2020 untuk dijadikan rujukan anda .

Senarai ini juga akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.

Namun harus diingatkan senarai ini tidak termasuk lokasi yang ditutup sementara menunggu keputusan ujian swab pada individu yang sedang dalam siasatan.

[Pusat Beli Belah & Infrastruktur Awam]

Foto Sekadar Hiasan Foto The Sun

#1 One Utama, Damansara Utama Petaling Jaya

Kes 1. Seorang Pekerja Mac City disahkan positif Covid-19, perkara itu dikongsikan sendiri oleh pengurusan 1 Utama pada 5 Oktober

Kes 2 Seorang pekerja Parkson yang menjaga kaunter Estee Lauder turut disahkan positif Covid-19 menurut laporan oleh NST pada 8 Oktober

Terkini : 10 Oktober, One Utama diarah ditutup oleh Kerajaan Selangor mengarahkan bermula 11 Oktober setelah terdapat keseluruhan empat kes positif Covid-19 dikesan di sana.

#2 Setia City Mall , Setia Alam

Pengurusan Setia City Mall memaklumkan seorang ahli gim Fitness First di pusat beli-belah berkenaan telah disahkan positif Covid-19.

Semua pekerja yang terlibat telah menjalani ujian dan akan menjalani kuarantin.

#3 Oasis Corporate Park, Ara Damasara

Seorang kakitangan syarikat Pestech International Bhd yang terletak di Oasis Corporate Park telah diuji positif Covid-19 pada 7 Oktober , menurut The New Straits Times.

Menerusi laporan mereka pengurusan Oasis yang memakluman pekerja tersebut kali terakhir dilihat masuk ke pejabat Pestech di Blok Meritus adalah pada 5 Oktober. Susulan itu kesemua rakan sekerjanya diarahkan menjalani kuarantin

#4 Paradigm Mall, Petaling Jaya

Padini Holdings pada 5 Oktober memaklumkan seorang pekerjanya dari Brand Outlet, Paradigm Mall, Petaling Jaya telah disahkan positif Covid-19

#5 UOB Bandar Manjalara Kepong

Seorang pekerja UOB dari cawangan di Bandar Menjalara telah didapati positif Covid-19 pada 22 September selepas pulang dari Sabah. Susulan itu UOB cawangan berkenaan telah ditutup sehingga 5 Oktober bagi kerja pembersihan dan disinfeksi

Agro Bank Sungai Buloh

Agro Bank Cawangan Sungai Buloh ditutup pada 7hb selepas seorang kakitangan disahkan positif Covid-19, dimaklumkan kerja pembersihan dan sanitasi secara menyeluruh telah dilakukan pada 8hb

Masjid LTSAS ( Lapangan Terbang Subang)

JAIS tangguh sebarakgn aktivit termasuk solat Jumaat, solat fardhu lima waktu dan aktiviti pengimarahan di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang, bermula 8 Oktober selepas seorang jemaah yang disahkan positif telah solat di sana pada 2 Oktober lalu.

Mid Valley Megamall & The Gardens

Kes 1 : Seorang staf London Sales Cosmetics Sdn Bhd (LSC) disahkan positif Covid. Namun LSC mempunyai 3 premis dengan nama yang berbeza yang terletak di dua-dua pusat beli belah.

Kedai tersebut ialah Origani dan Elevatione Time Stops di The Gardens dan Surreal by Elevatione Time Stops di Mid Valley.

Kes 2 : Pekerja yang merupakan wakil jualan di Machines disahkan positif pada 12 Oktober . Dia bagaimanapun kali terakhir masuk bekerja pada 8 Oktober .

Bangsar Shopping Centre 

Bangsar Shopping Centre ditutup sementara pada Ahad malam selepas seorang pekerja dari premis Origani djangkiti Covid-19

“Kakitangan tersebut bertugas pada Selasa, 6 Oktober 2020 dan pada masa itu tidak menunjukkan sebarang gejala. Pekerja itu tidak berada di BSC sejak itu,” jelas pusat beli-belah itu pada Ahad, 12 oktober

Tropicana Golf Club & Country Resort

Kelab golf, Tropicana Golf Country Resort diarahkan tutup selepas penularan jangkitan di kawasan mereka.

Memetik The Star sekuran-kurangnya 23 kakitangan mereka disahkan positif sejak dua hari lalu .

Aeon Bukit Tinggi (Fitness First)

Seorang pengunjung Fitness First yang terletak didalam Aeon Bukit Tinggi disahkan positif Covid-19. Dia dikatakan memasuki bangunan berkenaan pada 6 Oktober disekitar jam 3 petang

[Sekolah]

Foto Sekadar Hiasan Foto : FMT

SMK Taman SEA, Petaling Jaya

The Sun Daily melaporkan seorang guru di SMK Taman SEA , Petaling Jaya disahkan positif pada 7 Oktober selepas dijangkiti seorang seorang pesakit positif Covid-19 yang kembali dari Kelantan pada 5 Oktober.

SMK Seri Kembangan

Seorang pelajar perempuan dari SMK Seri Kembangan telah diuji positif pada 7 Oktober menurut Adun Ean Yong Hian Wah.

Tambah beliau kerja pembasmian dan pembersihan sudahpun dilakukan pada malam hari sama. Dia dalam masa sama memohon rakan sekelas pelajar terbabit untuk melakukan saringan secara sukarela

SK Bangsar

Dua murid perempuan tahun empat dan lima SK Bangsar disahkan positif pada 8 Oktober.

Pihak KKM kemudiannya hadir bagi membuat saringan membabitkan 80 pelajar dari dua kelas serta 26 guru yang merupakan kontak rapat.

Kedua mereka difahamkan dijangkiti ahli keluarga yang pulang dari menghadiri satu majlis kenduri baru-baru ini.

Susulan dari kes berkenaan sekolah berkenaan kini ditutup selama 1 minggu

Sekolah Putrajaya Presint 8

Sekolah Kebangsaan (SK) Putrajaya Presint 8 (1) diarah tutup lapan hari bermula hari ini sehingga 16 Oktober.

Memetik laporan Bernama , terdapt notis berwarna merah arahan penutupan itu digantung di kedua-dua pintu masuk ke kawasan sekolah itu namun tiada sebarang pemberitahuan mengenai mana-mana pelajar atau guru dijangkiti Covid-19

SMK Puchong Permai

[Kawasan Kediaman]

Desa Green Condominium, Taman Desa

Pihak pengurusan Kondominum Desa Green pada 29 September lalu mengesahkan seorang penduduk mereka telah diuji positif.

Menerusi notis yang dikeluarkan mereka bagaimanapun sudah melakukan pembasmian dan pembersihan

Metropolitan Square, Damansara Perdana, Petaling Jaya

Memetik Malaysiakini seorang penduduk di Blok F didapati positif pada 5 Oktober, memetik info dari notis yang dikeluarkan pihak pengurusan

Desa Impiana, Puchong Prima

Memo yang dikeluarkan pengurusan Desa Impiana pada 7 Oktober mengesahkan 2 penduduk mereka positif dan sudahpun di pindahkan bagi menjalani rawatan dan kuarantin oleh KKM

Kondominium Puteri Palma, IOI Resort, Seri Kembangan

Seorang penduduk di di Blok I Kondominium Puteri Palma di IOI difahamkan diuji positif menerusi laporan Malaysiakini

Taman Seri Keramat

Seorang penduduk di Taman Seri Keramat iaitu Jalan AU2A disahkan positif pada 6 Oktober selepas menjalani saringan pada 5 Oktober .

[Pengangkutan awam]

1. Nilai Sentral dan KLIA2

Kes dilaporkan melibatkan individu yang menaiki bas (myBAS, nombor pendaftaran NDH 2259) dari KLIA2 Platform B10 ke Nilai Sentral, berlepas pada jam 9 malam dan tiba pada pukul 10 malam pada 30 September.

Penumpang lain diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Seremban di talian 06-763 4809.

[Pejabat Kerajaan, Wakil Rakyat ]

Majlis Bandaraya Petaling Jaya

Menerusi laporan Malaysiakini yang memetik sumber, seorang pemandu yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Alam Sekitar Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah disahkan positif semalam

Pemandu lelaki berusia 20-an itu dikatakan tidak bekerja kerana demam selama seminggu sebelum dia diuji positif.

 Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai, KL

Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ditutup buat sementara waktu selepas seorang kakitangannya diuji positif pada 30 September

Menurut Fahmi, stafnya telah kembali dari Sabah pada 25 September. Semua pekerja, termasuk dirinya sendiri telah melalui ujian swab dan akan mengamalkan kuarantin kendiri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.