fbpx
Now Reading
Portimonense S.C Secara Rasmi Umum Safawi Rashid Sebagai Pemain Terbaru Mereka [Video]

Portimonense S.C Secara Rasmi Umum Safawi Rashid Sebagai Pemain Terbaru Mereka [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya apa yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak tempatan khususnya peminat JDT sudah pun menjadi kenyataan apabila Kelab dari Portugal, Portimonense SC pagi tadi secara rasmi telah mengumumkan Safawi Rasid sebagai pemain terbaharu mereka .

Safawi yang berhijrah ke sini dari pasukan JDT akan memulakan kareer baharunya disini selepas mengecapi pelbagai kejayaan bersama pasukan Harimau Selatan itu.

Safawi difahamkan kini menyarung jersi no 29 untuk kelab yang berpangkalan di Portimao , Portugal itu.

Peluang beraksi di Liga Eropah diharap dapat membantu Safawi yang juga pemain utama pasukan kebangsaaan untuk meningkatkan mutu permainannya memandangkan dia juga berpulang bertemu gergasi hebat Portugal seperti FC Porto, Benfica dan Sporting Lisbon.

Sebagai rekod, liga utama Portugal iaitu Liga Primera Portugal baru sahaja memulakan musim 2020/21 mereka. Kami doakan Safawi dapat diberikan peluang untuk bermain sebanyak perlawan yang mungkin dan secara tidak langsung membantu kelab barunya itu.

Selamat maju jaya buat Safawi Rashid.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.