fbpx
Now Reading
‘This is Malaysia’, Filem Pendek Oleh Joseph Gordon-Levitt Pamer Kecantikan & Budaya Malaysia

‘This is Malaysia’, Filem Pendek Oleh Joseph Gordon-Levitt Pamer Kecantikan & Budaya Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda masih ingat, pelakon terkenal Hollywood, Joseph Gordon-Levitt sebelum ini ada meminta bantuan rakyat Malaysia untuk membantunya dalam satu satu projek video.

Permintaan yang dilakukan menerusi laman media sosial miliknya mendapat sambutan yang begitu menggalakkan malah mendapat liputan meluas dari portal di dalam negara.

Terbaru selepas beberapa bulan Joseph akhirnya berkongsi hasil projek tersebut iaitu satu filem pendek yang dihasilkan bersama hitRECord, satu komuniti media online yang diberi judul ‘This is Malaysia’

” Bangga untuk berkongsikan ‘ This is Malaysia ’, filem pendek yang kami hasilkan secara kolaboratif bersama hitRECord! Terima kasih kepada semua yang menyumbang dalam projek ini,” tulis Joseph di laman Facebook.

This Is Malaysia

Proud to share "This Is Malaysia," the finished short film we created collaboratively on hitRECord! HUGE thank you to everyone who contributed to this project. I'm proud of what we all made together, and looking forward to the next one. 🙂

Posted by Joseph Gordon-Levitt on Thursday, October 1, 2020

Jelas video tersebut mengangkat nama Malaysia dari segi keunikan budaya dan keindahan yang dimilikinya.

Skripnya juga ditulis oleh beberapa orang rakyat Malaysia dan kami yakin suara VO didalamnya juga pasti adalah rakyat Malaysia

Yang lebih menarik, imej dan rakaman dalam video berkenaan adalah sumbangan 88 ahli komuniti hitRECord! sendir yang dipercayai adalah dari kalangan rakyat Malaysia

Rata-rata netizen memuji video berkenaan malah berasa teruja apabila usaha menaikkan nama Malaysia bukan hanya dilakukan oleh rakyat Malaysia sendiri malah oleh bintang Hollywood yang sangat terkenal

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.