Bengang Dapat Telur Separuh Masak Rosak, Lelaki Ini Didakwa Pukul Pekerja Kedai Mamak

Buat mereka yang pernah berkerja dalam bidang F&B, pasti tahu ianya bukan satu tugasan mudah.

Anda bukan hanya perlu berurusan secara langsung denga pelanggan malah kadangkala terpaksa melayan kerenah mereka.

Jika sebelum ini kami ada melaporkan mengenai insiden pekerja McDonald dipukul oleh seorang pelanggan hanya kerana isu membabitkan cara membuat pembayaran, kini heboh mengenai satu lagi insiden pergaduhan namun kali ini di sebuah kedai mamak, Al Sarifa di Bandar Utama Petaling.

Dipukul oleh jurulatih kecerdasan

Kejadian kali ini lebih dahsyat apabila saksi memaklumkan mangsa, pengurus restoran tersebut ditendang dan dipukul bertalu-talu sehingga cedera di bahagian muka umpama satu perlawanan boxing oleh seorang lelaki yang dipercayai seorang jurulatih kecederdasan dari sebuah pusat gimnasium terkenal di Damansara.

Lebih mengejutkan apabila saksi memaklumkan ianya tercetus hanya kerana pengurus berkenaan telah menghantar makanan iaitu telur setengah masak yang ‘rosak’ atau pun seperti yang diinginkan oleh individu terbabit.

“Apa yang dapat dilakukan Seyad (mangsa) sewaktu dipukul adalah melindungi kepala dan badannya sambil bertanya apa yang telah dia lakukan “

Saksi

Difahamkan mangsa yang dikenali dengan nama Seyad sudahpun membuat laporan polis dan kini menjalani rawatan di sebuah hospital.

Menerusi laporan yang dimuat naik saksi, mangsa melaporkan pelaku padanya mula telah membuat pesanan telur rebus separuh masak.

Pekerjanya kemudiannya menghantar telur yang dipesan sebelum lelaki berkenaan memanggil dan memarahinya kerana telur berkenaan dikatakan telah rosak.

Setibanya dia dia meja berkenaan dia terus diserang oleh lelaki terbabit dimana kepalanya telah dihentak menggunakan lutut jurulatih kecerdasan terbabit.

Susulan dari hentakan tersebut dia mengalami kesakitan di bahagian telinga kiri dan di bahagian kepala.

Mangsa diperlaku seperti punching bag

Seorang lagi saksi lainnya menyatakan mangsa telah dikerjakan begitu teruk seperti ‘punching bag’ seolah dia melakukan satu kesalahan yang besar.

Larikan diri menaiki motorsikal

Difahamkan pelaku yang dikenali sebagai Coach Rain telah bertindak melarikan diri menaiki motosikal selepas insiden berkenaan.

Malah menurut saksi lagi dia telah bertindak meninggalkan seorang rakannya yang turut makan di meja berkenaan sebelum rakannya dipaksa untuk mendedahkan identiti Coach Rain oleh orang ramai..

Setakat artikel ini ditulis, identiti sebenar Coach Rain masih belum dikenalapsti namun sudah berlegar sekeping foto yang dipercayai adalah dirinya menerusi posting sama.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago