fbpx
Now Reading
Semua Penjaga Gol Positif Covid-19, Ukraine Ambil Penolong Jurulatih Jadi Keeper Simpanan

Semua Penjaga Gol Positif Covid-19, Ukraine Ambil Penolong Jurulatih Jadi Keeper Simpanan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara Covid-19, pasukan bolasepak kebangsaan Ukraine menyenaraikan penolong jurulatih mereka yang berusia 45 tahun sebagai penjaga gol simpanan selepas tiga penjaga gawang mereka disahkan positif Covid-19

Ketiga-tiga penjaga gol utama iaitu Andriy Pyatov, Andriy Lunin dan Yuriy Pankiv disahkan positif wabak berkenaan menyebabkan Ukraine hanya mempunyai satu sahaja penjaga gol iaitu Georgiy Bushchan.

Disebabkan tiada pilihan lain mereka kemudiannya menyenaraikan Oleksandr Shovkovskiy sebagai penjaga gawang gantian untuk satu perlawanan persahabatan menentang  Perancis.

Namun keputusan berkenaan bukanlah suatu perkara buruk kerana Shovkovskiy bukanlah nama asing dalam pasukan bola sepak negara berkenaan. Dia merupakan penjaga gawang utama Ukraine dengan rekod 92 penampilan dari 1994-2012 dan kelab gergasi disana iaitu Dinamo Kiev sebelum bersara pada tahun 2016.

Malah ramai berpendapat Shovkovskiy masih lagi kekal sihat dan sentiasa menjaga staminanya meskipun sudah 4 tahun meninggalkan padang sebagai seorang pemain.

Dia bagaimanapun tidak diturunkan memandangkan Bushchan disenaraikan dalam kesebelasan utama dimana pasukan mereka yang kini di bawah kendalian lagenda Ukraine, Andriy Shevchenko dibelasah 7-1 oleh pasukan Perancis.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.