Bising Sambil Buat Reviu Live, Usahawan Kena Simbah Air
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kecoh media sosial hari ini apabila seorang pengasas produk kosmetik yang bergelar Datuk Seri disimbah air sewaktu sedang membuat reviu produk secara Facebook live di sebuah kedai makan.
Menerusi video yang tular, dia ketika kejadian sedang berinteraksi bersama pengikutnya di Facebook sambil menikmati makanan sebelum didatang seorang lelaki yang secara tiba tiba menyimbah air dipercayai sirap ke mukanya.
Video berkenaan dipercayai mula tular di media sosial selepas dimuat naik laman Twitter Jabatan Netizen Negara
Jelas menerusi video tersebut ,usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Eein itu bercakap dengan nada yang tinggi malah bergelak ketawa sehingg.
Menerusi perkongsian usahawan ini merupakan kali pertama dia berhadapan dengan perkara sebegini, malah menurutnya dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.
Jelasnya sepanjang membuat live di media sosial selama tiga tahun, tidak pernah lagi ada sesiapa yang dengki terhadapnya
Owner tampil mohon maaf kepada pelanggan lain
Video itu kemudiannya menarik perhatian pemilik kedai berkenaan yang kemudiannya tampil membuat permohonan maaf kepada pelanggan lain mereka
Jadi apa kata anda berhubung isu ini?