fbpx

Menyamar Jadi Pegawai Kastam, Scammer ‘Letak Telefon’ Gagal Perdayakan Anggota Polis [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Nampaknya isu mengenai macau Scam atau jenayah penipuan melalui panggilan semakin hangat diperkatakan kebelakangan ini.

Namun yang baiknya masyarakat kita kini dilihat lebih cakna dan peka dalam memastikan mereka tidak lagi ditipu oleh kumpulan tidak bertanggungjawab ini yang sudahpun berjaya memperdaya ribuan mangsa sejak bertahun dahulu.

Bukan hanya rakyat biasa malahan pihak berkuasa seperti anggota polis juga berdepan situasi yang sama dimana cuba untuk ditipu oleh golongan scammer ini

Menerusi laman Facebook Polis Kedah, mereka telah berkongsi satu video video yang mmperlihatkan seorang anggota polis, Koperal Suraya sedang menjawab panggilan dari seorang scammer

Individu tersebut mendakwa yang dia merupakan pegawai kastam dari Jabatan Kastam Pelabuhan Klang dalam cubaannya untuk menipu Suraya

Namun Suraya yang pastinya berpengalaman dalam menguruskan hal sebegini dilihat hanya santai melayan individu berkenaan dan cuba mengorek maklumat darinya.

Selepas diajukan beberapa soalan lelaki terebut kemudiannya mengalah dan bertindak meletak panggilan kerana cubaannya memperdayakan wanita tersebut gagal.

ALAMAK 😱 POLIS KEDAH PUN KENA TIPU‼Biar betul❓Sumber : Kpl Surayahttps://youtu.be/GDtWevcBT7s

Posted by Polis Kedah on Saturday, October 10, 2020

Dijengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berpuas hati dengan ketidakupayaan penjenayah terbabit untuk memperdayakan Koperal Suraya

Malah ramai turut berterima kasih kepada Polis Kedah kerana berkongsi video berkenaan yang dilihat dapat membantu memberi kesedaran kepada orang ramai.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.