fbpx
Now Reading
Persenda Anggota TLDM Yang Maut Kemalangan, Polis Siasat Pemilik Twitter Raja Farah Sofea

Persenda Anggota TLDM Yang Maut Kemalangan, Polis Siasat Pemilik Twitter Raja Farah Sofea

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak semalam media sosial panas susulan kenyataan yang dimuat seorang pengguna Twitter, Raja Farah Sofea yang dilihat terlalu biadap apabila mempersendakan kematian seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang maut selepas terlibat dalam satu kemalangan di Johor dua hari lalu.

Berang dengan tindakannya, ada individu yang kemudiannya tampi membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara berhubung kenyataan jelik yang dilakukannya

Susulan dari laporan tersebut, polis kini difahamkan sedang menyiasat pemilik akaun tersebut seperti yang dimaklumkan Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menerusi laporan Harian Metro

“Laporan polis sudah dibuat. Kami (polis) sudah memulakan siasatan. Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara (JBU),”

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

Nyahaktif akaun Twitter

Carian kami di Twitter bagaimanapun mendapati akaun berkenaan telahpun dinyahaktif dipercayai sejak semalam.

Didakwa curi foto gadis lain dan dijadikan foto profilnya

Malah di Facebook tular informasi yang mengatakan akaun berkenaan adalah akaun palsu yang dicipta hanya untuk menghamburkan kata-kata kesat malah gambar tersebut dipercayai milik seorang gadis yang berasal dari Sibu Sarawak.

Dalam kejadian 9 pagi sabtu lalu, anggota TLDM tersebut iaitu Arwah Mohd Rizal Buseri, 31, meninggal dunia selepas kereta Honda Accord yang dipandu olehnya dirempuh oleh sebuah Perodua Myvi dipandu seorang wanita di persimpangan lampu isyarat di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi,

Lebih mengejutkan apabila polis kemudiannya mengesahkan wanita berkenaan positif dadah.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.