
Twitter ‘Flag’ & Hadkan Ciapan Trump, Selepas Dia Dakwa Dirinya Kebal Dari Covid-19
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum pasti mengetahui yang Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan isterinya Melania Trump sebelum ini telah dijangkiti wabak Covid-19.
Perkongsian yang dilakukan sendiri oleh Trump mendapat pelbagai respon dari penduduk dunia khusnya rakyat Amerika Syariakt dengan sesetengah mereka jelas khuatir akan keselematannya.
Namun setengah dari mereka pula seolah sudah menjangkakan memandangkan Trump dilihat kerap melanggar SOP dan tidak begitu serius dan memandang enteng akan bahaya wabak maut tersebut
Baca artikel berkaitan : Captain America dan Mandy Moore tempelak Donald Trump
Terbaru dia sudahpun disahkan pulih oleh doktornya dan sihat untuk kembali berkempen tidak sampai beberapa hari menjalani kuarantin ,
Malah Trump sendiri dalam satu temuramah bersama Fox dengan bangganya mengatakan dia kini kebal dari virus maut tersebut dan dia juga ada berkongsi perkara sama di laman Twitter miliknya
A total and complete sign off from White House Doctors yesterday. That means I can’t get it (immune), and can’t give it. Very nice to know!!!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) October 11, 2020
Namun kenyataan Trump tersebut menurut Twitter telah melanggar peraturan mereka dan dikategorikan sebagai mengelirukan, tidak tepat dan bercanggah dengan maklumat Covid-19.
Susulan itu mereka telah menghadkan Tweet tersebut dimana ianya hanya boleh dilihat namun tidak boleh di kongsi, dikomen dan sebagainya.

Baca artikel berkaitan :