fbpx
Now Reading
Elak Reputasi Terjejas, Bubblebee Henti Usahasama Dengan Rakan Kongsi Di 4 Cawangan

Elak Reputasi Terjejas, Bubblebee Henti Usahasama Dengan Rakan Kongsi Di 4 Cawangan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), syarikat pengeluar air minuman Bubblebee Sdn Bhd telah menamatkan usahasama mereka di empat cawangan

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bubblebee, Datuk Ismail Abdul Rahman, meskipun kes berkenaan masih lagi dalam sisasatan, namun kesan negatif darinya mampu menjejaskan reputasi mereka .

“Walaupun kami sendiri tidak pasti tentang kebersalahan rakan usahasama cawangan kami ini kerana kes ini masih dalam siasatan pihak berkuasa, tetapi yang jelas siasatan ke atas rakan usahasama ini mendatangkan kesan negatif yang mampu menjejaskan reputasi perniagaan kami dengan teruk sekali.

“Sehubungan dengan itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan usahasama dengan kesemua rakan usahasama yang menguruskan empat cawangan berkenaan,” katanya menerusi satu kenyataan. 

4 cawangan ditutup sementara waktu

Sehubungan itu, empat cawangan tersebut iaitu Ampang, Senawang, Sentul dan Sungai Buloh akan ditutup buat sementara bagi memudahkan urusan pengambialihan operasi oleh HQ Bubblebee.

Sebelum ini pelawak dan usahawan terkenal, Shuib yang merupakan salah seorang ahli lembaga pengarah Bubblebee juga telah dipanggil untuk membantu siasat.

Sebagai rekod, perusahaan Bubblebee ditubuhkan pada hujung tahun 2019 dengan menghimpunkan beberapa usahawan yang pakar dalam bidang masing-masing terutamanya dalam industri minuman, penghasilan madu lebah, dan pemasaran. 

Pasangan selebriti Shuib & Siti Sarah yang mahir dalam pemasaran pula berjaya mengangkat nama Bubblebee bukan sekadar air minuman sebaliknya satu jenama yang menjadi igauan pengusaha untuk menjadi rakan kongsi atau francais .

Sehingga kini, Bubblebee mempunyai 17 cawangan iaitu 11 cawangan yang merupakan milik penuh manakala enam cawangan lagi dibuka secara usahasama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.