fbpx
Now Reading
Ramai Persoal Kenapa Iphone 12 Dijual Tanpa Charger & Earpods, Ini Jawapan Apple

Ramai Persoal Kenapa Iphone 12 Dijual Tanpa Charger & Earpods, Ini Jawapan Apple

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/meera_3001/status/1316072402955071488

Rasanya peminat dunia gajet dan IT khususnya barangan Apple sudah sedia maklumkan yang syarikat gergasi itu sudahpun melancarkan barisan iphone terbaru mereka iaitu Iphone 12, Iphone Mini, Iphone 12 Pro dan Iphone 12 Pro Max dengan harga bermula dari RM3,399 untuk Iphone 12 Mini dan RM 3,899 untuk Iphone 12

Namun disebalik pelancaran tersebut, ramai yang mempersoalkan tindakan Apple kerana memilih untuk tidak menyertakan palam pengecas dan Earpods bersama telefon tersebut sebaliknya hanya didatangi dengan satu unit kabel converter Lightning ke USB-C sahaja.

Malah kotak penjualan iPhone 12 juga dilihat semakin kecil sehingga ada yang mejadikan isu ini satu bahan jenaka di media sosial.

Meskipun ura-ura mengenai perkara ini sudah pun didengari sejak beberapa bulan lalu namun ramai tidak menyangka mereka betul-betul melakukannya.

Baca artikel berkaitan : Iphone 12 Mungkin hadir tanpa charger dan earpods

Justeru ramai netizen menyifatkan Apple seolah cuba memaksa pelanggan mereka untuk mengeluarkan wang tambahan bagi mendapatkan kedua alatan tersebut yang kini dijual berasingan,

Malah ramai yang berpendapat Apple membuat sedemikian bagi mengurangkan kos mereka memandangkan peranti berkenaan kini hadir dengan beberapa ciri-ciri ‘up to date’ dan agak memakan kos yang tinggi.

“Demi kurangkan pencemaran alam sekitar”

Syarikat multinasional (MNC) yang berpangkal di Cupertino, California itu kemudiannya tampil menjawab pertanyaan orang ramai dengan ketiadaan kedua-dua aksesori tersebut dari pembungkusan asal atas alasan untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.

Langkah ini menurut Apple secara tidak langsung dapat meminimumkan aktiviti perkilangan untuk dijadikan bahan mentah bagi menghasilkan aksesori tersebut. Dalam kata lainnya, semakin banyak mesin yang berfungsi, semakin besar penggunaan elektrik yang dikeluarkan.

Sebagai sebahagian dari usaha kami untuk melindungi alam sekitar, IPhone 12 dan Iphone 12 Mini kini tidak termasuk palam pengecas atau EarPods. Sila gunakan Apple adapter dan headphone anda yang sedia ada atau beli aksesori ini secara berasingan,” kata Apple

Keputusan ini juga menurut mereka dapat mengurangkan lebih dari 2 juta metrik tan pelepasan karbon monoksida setiap tahun, sama jumlahnya dengan pengurangan sejumlah 450,000 kereta di jalan raya setahun

Jadi apa pendapat anda?

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.