fbpx
Now Reading
Seram, Adik Mia Takut Nampak ‘Sesuatu’ Dekat Kedai Makan Di Pulau Pinang

Seram, Adik Mia Takut Nampak ‘Sesuatu’ Dekat Kedai Makan Di Pulau Pinang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular satu rakaman video yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan yang mula berkelakuan aneh di sebuah kedai makan di sekitar Pulau Pinang.

Nur Maisarah Afiqah Rusmadi yang berusia 24 tahun itu merakam kejadian tersebut yang berlaku kepada anak saudaranya yang berusia 2 tahun itu.

Kredit: Malaysia Sentral

Menerusi perkongsiannya di Youtube, rakaman yang meraih lebih 103,000 tontonan itu juga turut tular di sosial media sehingga menjadi perdebatan antara netizen.

Menurut aksi anak saudaranya, Mia itu menunjukkan kelakuan aneh seperti anak mata terbeliak dan meliar ketika memandang sekitar kedai tersebut, seolah-olah dia sedang melihat sesuatu.

Namun begitu, Maisarah enggan mengaitkan video di kedai makan tersebut mengunakan pelaris sepertimana komen-komen yang diberikan oleh netizen.

Kredit: mStar

“Masa itu, kami berada di sebuah kedai makan. Mata dia terbeliak dan meliar macam nampak sesuatu.

“Dia jadi macam tu sejak dia mula pandai bercakap, sekitar setahun lalu. 90 peratus komen netizen cakap kedai tu ada pelaris.

“Tapi sebenarnya Mia boleh jadi macam tu di mana-mana je termasuk di rumah sendiri. Dalam 10 peratus netizen kata mata dia terbuka hijab,” katanya lagi.

Maisarah yang menetap bersama keluarga kanak-kanak itu di Bayan Lepas mengatakan bahawa dia berasa seram setiap kali dia perlu berdepan dengan situasi seperti itu.

Tambahnya lagi, dia dan kakaknya yang merupakan ibu kepada Mia itu akan memasang bacaan al-quran di kediaman mereka setiap kali Mia mula bertingkah aneh.

“Kejadian di kedai tu bukan kejadian pertama. Kadang-kadang dia nangis dari malam sampai pagi. Mata jadi naik atas, dia tunjuk-tunjuk dengan jari. Saya pun takut,” katanya.

“Biasanya kami akan peluk dia dan terus pasang bacaan al-quran. Kakak saya (ibu Mia) pun selalu dengar ada benda macam ikut dia, dengar macam suara sendiri menangis di toilet.

“Tapi bukan selalu, Mia pun jadi macam tu dalam sekali seminggu,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Maisarah berkata keluarga kakaknya masih belum menemui mana-mana pengamal perubatan untuk bertanyakan lebih lanjut mengenai keadaan Mia itu.

Katanya lagi, dia hanya mampu mengharapkan yang terbaik buat anak saudaranya itu dan berdoa agar Mia kembali pulih seperti biasa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.