fbpx
Now Reading
Dah Tolong Padamkan Api, Tumbuk Pula Bomba [Video]

Dah Tolong Padamkan Api, Tumbuk Pula Bomba [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak petang tadi tular satu video di media sosial memperlihatkan seorang lelaki yang didakwa mabuk dan baru sahaja terlibat dengan kemalangan bertindak memukul seorang angggota bomba yang sedang bertugas dipercayai di Bandar Tun Hussein Onn.

Menerusi video berdurasi 1minit 30 saat itu, lelaki berkenaan difahamkan bertindak agresif selepas anggota bomba berkenaan cuba menghalangnya dari menghampiri kenderaan lelaki berkenaan yang sedang terbakar

Tindakan lelaki berkenaan akhirnya berjaya dihalang oleh pasukan JPBM dengan bantuan orang awam yang berada di tempat kejadian. 

Menerusi laporan Harian Metro sewaktu kejadian anggota-anggota bomba tersebut sedang memadamkan kereta lelaki berkenaan yang terbakar selepas terlibat dengan beberapa kenderaan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam sekitar 10 pagi sebelum menghantar sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota ke lokasi berkenaan

“Sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi. Anggota membuat pemadaman dan kereta itu musnah 70 peratus.

“Bagaimanapun, semasa operasi itu, seorang lelaki bertindak agresif terhadap anggota yang cuba menghalangnya daripada mendekati kenderaan.

“Dia tiba-tiba mengamuk dan memukul anggota tanpa sebab. Kemungkinan kereta terbakar itu miliknya dan anggota turut menemui parang di dalamnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Norazam berkata, lelaki itu yang ditahan kemudiannya telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut

Menerusi laporan BH, Menteri Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin, menggesa siasatan segera dilakukan .

Menurutnya dia mendapat maklumat individu berkenaan dalam keadan khayal malah turut mempunyai senjata tajam berupa pisau pemotong daging di dalam kenderaannya.

“Secara peribadi, saya terkilan dan terguris apabila melihat rakaman video berkenaan, kerana anggota JBPM juga petugas barisan hadapan yang bekerja tanpa mengenal erti penat dan lelah.

“Pengorbanan mereka seharusnya diiktiraf masyarakat,”  kata Zuraida lagi.

Tambah MP Ampang itu lagi, anggota yang dipukul itu sudah membuat laporan polis susulan kejadian.

https://www.facebook.com/ZuraidaKamaruddinP.99/?tn=kC-R&eid=ARAFYjYzCCrwZJy9eAK07YUOQ5dDoDrGfsIt0ffKRjDqYqHznfyaTxzAsYNQ9H1ZIxo1DG0YMvcwxqvS&hc_ref=ARSCWuWsPTRo7fwcPnrKETyZS4gi9GnupuMnJpGjkgs25tdSXQg9SVEtKG-fn37_O6g&fref=nf&xts%5B0%5D=68.ARBoepq33AQ-ZWdprgQXWIPxji8X_HvtNK9VVnVB4D1s37mW7m_rSujGtgWX63Adw0flU1GGkQfrnky4JsAQE_kEgPktVa0wWrNScxldwTJWQnaiTBVF_9FXcEDrA_xpPSENqz7f6myPa2rkRvQc25RhHjNsYbA3bWaMqUAUWfUTGyE-cm4ccEAucQwTlOHbmbmsVZdj5x-S8-P1VqWc3V6mCHOsk-VgngU2vByUqOFoPv9WQ8u5GXayloBA7kzpzXDdur00CsGdEMCHDJJ1yvZz6vZasVPV-HEmYVtJ6ZPvBrDpU7TnDxI6_dmnKziAj6odiwRpp2xhXLPnwm-5L2qy

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.