Dulu Viral Di Tepi Jalan, Kini Kanak-Kanak Ini Bakal Daie Tahfiz Alim

Baru-baru ini, tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 9 tahun terlihat berlegar-legar di tepi jalan memohon meminjam sedikit wang daripada orang ramai.

Perkongsian daripada pengguna Facebook, Dzul Ikh Wan telah meraih perhatian ramai termasuklah pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew yang tampil menghulurkan bantuan buat keluarga kanak-kanak tersebut.

Biarpun, mendapat bantuan Zakat Selangor, kehidupan keluarga kanak-kanak ini terlihat hidup dalam keadaan sederhana. Apatah lagi mereka adik beradiknya sahaja sudah seramai 11 orang.

Menurut Ustaz Ebit, setelah dia bertemu dengan keluarga tersebut dan mendengar kisah hidup mereka, apatah lagi mereka tidak bersekolah, beliau menawarkan kepada anak-anak pasangan tersebut untuk bersekolah di Madrasah Tahfiz dan mereka bersetuju untuk bersekolah di sana.

“Saya terus kata siapa nak masuk madrasah. Sekolah agama. Asrama. Nanti ustaz bayarkan yuran semua. Adik keluar dari sini. Esok balik jadi imam besar. Cerita-cerita dan motivasi. Semua nak pergi.

Di samping itu, beliau juga membelanja adik-beradik tersebut makan di restoran makanan segera KFC bagi menghiburkan hati mereka.

“Saya bawa 4 orang terus daftar madrasah. Terus shoping dan beli semua pakaian lengkap. Makan kfc.

“Di Melaka kami ke Madrasah Tahfiz Al Quran Ibnu Talib untuk 3 lelaki tu. Manakala adik perempuan tu saya hantar di Sekolah Pondok Tahfiz Tuan Guru Hj Husin.”

“4 adik ni sebelum bergerak balik berlari salam menangis cakap terima kaseh. Bahagia best sangat nak masuk sini. Puas rasa. Bakal pemimpin masa depan” tulis Ustaz Ebit lagi

Menerusi ruangan komen, rata-rata ramai yang memuji tindakan murni pendakwah tersebut yang menghulurkan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Mereka juga mendoakan adik-beradik tersebut belajar dengan baik dan menjadi anak yang akan berbakti kepada orang tuanya.

Kehidupan kanak-kanak tersebut berubah, yang dulu viral di tepi jalan sekarang bakal jadi daie hafiz alim. Semoga suatu hari nanti kehidupan keluarga ini berubah.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago