Gadis Jalani Kuarantin Terharu Frontliners Buat Kejutan Sambutan Hari Lahir [Video]

Umum pasti mengetahui negara kita kita kini berdepan dengan gelombang ketiga Covid-19. Boleh dikatakan kes jangkitan dalam negara kini melebihi angka 500 setiap hari.

Orang yang paling terkesan pastilah petugas barisan hadapan khususnya pasukan perubatan. Baru beberapa bulan dapat menarik nafas lega mereka kini sekali lagi terpaksa berhempas pulas dalam memastikan penularan wabak maut ini dapat diputuskan

Namun siapa sangka dalam kesibukan mereka, sekumpulan frontliners yang bertugas di pusat kuarantin telah menjadi perhatian orang ramai apabila membuat kejutan dengan menyambut hari lahir seorang pengguna Twitter @NueFa_Kieyra yang sedang menjalani kuarantin.

Menerusi video tersebut, sekumpulan frontliners tersebut yang lengkap berpakaian PPE dilihat menyanyikan lagu selamat hari jadi khas buat gadis tersebut, Nur Fakhira 23 sambil menghulurkan kotak bungkusan yang disertakan dengan kad ucapan.

Difahamkan wanita berkenaan terpaksa menjalani kuarantin di pusat kuarantin UUM kerana dia merupakan kontak rapat kepada seorang pesakit COVID-19.

Mengakui berasa sedih apabila terpaksa berseorangan apatah lagi tidak dapat menyambut hari lahirnya bersama keluarga serta teman seperti kebiasaanya Fakhira bagaimanapun terharu selepas mendapat kejutan dari mereka

“Selepas panggilan video bersama keluarga, tengah hari semalam saya menangis kerana sudah 12 hari bersendirian di bilik kuarantin. Malah, semalam adalah hari jadi saya yang biasanya disambut dengan keluarga dan rakan.

“Dalam waktu saya sedih mengenangkan nasib tiba-tiba petugas kesihatan ketuk pintu, saya ingat mereka datang beri makanan tengah hari rupanya beri kek sambil nyanyi lagu ‘Happy Birthday,” 

Mengulas lebih lanjut mengenai kejutan tersebut, Fakhira menjelaskan dia sebenarnya sudah memaklumkan lebih awal akan menyambut ulang tahunnya sendirian, 10 Oktober lalu kepada kakitangan UUM sewaktu majlis bacaan surah Yaasin secara maya.

“Mungkin memahami kesedihan kami yang sedang jalani kuarantin sekarang, pihak UUM mengatur sambutan ini supaya kami gembira.

“Bukan saya saja yang dapat kek hari jadi semalam, penuntut dan penghuni pusat kuarantin lain yang turut menyambut hari jadi bulan Oktober juga dapat sekotak kek.

“Tetapi sambutan itu amat istimewa bagi saya disebabkan jatuh pada hari sama tarikh hari jadi saya iaitu 15 Oktober ” katanya kepada harian metro.

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

19 hours ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

20 hours ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

20 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

21 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

21 hours ago