“Aku Pandang Belakang, Perempuan Tu Dah Takde” – Wanita Kongsi Pengalaman Seram Di Tandas Hospital

Ramai pasti bersetuju kalau kami katakan hospital antara lokasi yang sering dikaitkan dengan kisah-kisah misteri, mistik yang tidak kurang seramnya.

Ianya dikuatkan apabila ramai yang mengakui pernah berhadapan dengan kejadian sedemikian antaranya wanita ini Qilah Bakar.

Jelas Qilah yang berkongsi peristiwa tersebut di grup Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia, dia sendiri pernah melaluinnya dimana dia telah diikut oleh ‘seseorang’ sewaktu berada di dalam tandas di sebuah hospital tidak lama dahulu.

Jom ikut perkongsiannya di bawah :

Assalamualaikum . Hai pertama kali aku ingin berkongsi pengalaman yang aku alami.

Tahun 2012 aku menjaga arwah emak aku yang dimasukkan ke sebuah hospital atas sebab mengalami kanser paru-paru tahap tiga. Malam pertama tiada apa pun yang ganjil atau pelik.

Cuma bila namanya hospital memang situasi tidaklah berapa selesa. Boleh dikatakan sepanjang malam tersebut aku tidur-tidur ayam.

Bila menjaga pesakit yang aku ingat adalah mental dan fizikal kena kuat. Ya betul kerana tanpa kekuatan mental dan fizikal silap hari bulan kau pulak yang sama terbaring dalam wad tu.

Diringkaskan cerita malam ketiga dan keempat ada kematian di wad tersebut. Tiada apa pun yang pelik berlaku, cuma di hari keenam waktu aku berada di bilik air wad tersebut aku mengalami satu peristiwa yang menyeramkan bagi aku.

Mandi pada jam 430 pagi

Jam 4.30 pagi aku masuk ke bilik air untuk mandi siap awal-awal sebab taknak nanti mak aku kalut cari awal bila dia terjaga nanti.Aku masuk ke bilik air tu sunyi sepi. Maknanya aku seorang je dalam bilik air tersebut. Selesai gosok gigi dan mencuci muka aku pun masuk ke bilik air untuk mandi. Dan di sinilah bermula ceritanya.

Foto sekadar hiasan

Sedang aku mandi, aku dengar bunyi air sinki dibuka. Ahh, fikirku mesti ada yang masuk untuk ke bilik air. Aku teruskan mandi, ku dengar bilik air di sebelah tutup. Bunyi pintu tu agak seram wey.

Dan lebih buat aku tertanya-tanya bunyi simbahan air mandinya sangat kuat dan seakan hendak cepat-cepat sahaja.

Aku selesai mandi dan bunyi air di bilik sebelah masih menyimbah-nyimbah. Selesai berpakaian aku pun keluar dari bilik tempat aku mandi.

Lantai bilik mandi kering

Dan sememangnya yang buat aku terkejut dan menggeletar juga rasa kaki bila mana pintu bilik air sebelah aku mandi tadi kosong. Kering lantainya tiada basah

Aku tak menunggu lama terus keluar dari bilik air tersebut. Dan sewaktu aku keluar ada seorang perempuan berjalan menunduk keluar dari bilik air yang sama dengan aku.

Sedangkan sewaktu aku di dalam tadi tiada seorang pun yang aku nampak, apatah lagi dengan bilik air sebelah tempat aku mandi tadi kering.

Foto sekadar hiasan Sumber : Google

Ketarnya kaki dan terasa amat jauh meja tempat bertugas jururawat yang bertugas ketika itu. Aku hanya mampu Istighfar dan mengucap.-Sampai sahaja aku di ruang masuk ke wad, aku pandang ke belakang, perempuan yang tadi tidak ada. Jadi siapakah dia??

Sampai di katil emak aku, aku hanya mampu diam. Menunggu waktu Subuh bagi aku adalah sangat panjang pada hari tersebut.

Dan sebenarnya bukanlah habis di situ sahaja makhluk tu menyakat aku. Ada beberapa peristiwa juga yang berlaku selepas itu. Hehehe. Dia muncul hanya di bilik air.

Dan masa jaga mak aku dalam wad tu juga mak aku ada bagitahu dia nampak ada perempuan ikut aku masuk ke bilik air dari belakang.

Aku stop kat sini dulu. Harap korang semua fahamlah dengan cerita aku untuk pembukaan pertama kalinya ini.

Terima kasih admin dan semua geng KCHM. Sesungguhnya dia pun makhluk Allah juga cuma keadaan dan rupanya tidak sama seperti kita manusia..

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

5 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago