fbpx

Berang Gadis OKU Main Tiktok Dikecam, Netizen Sekolahkan “Keyboard Warrior”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tindakan seorang pengguna aplikasi Twitter menjadi tular apabila dia memuat naik sebuah video yang merakamkan komen-komen negatif netizen yang mengutuk sebuah akaun TikTok, milik seorang gadis istimewa.

Menerusi akaun Twitter Zifan dan Hafiz Hairul, mereka kesal akan tindakan segelintir pihak yang masih mengamalkan budaya menghina fizikal seseorang.

Gadis yang menggunakan nama @Puteribulan25 di akaun twitternya, menyatakan bahawa tujuannya merakamkan kehidupan sehariannya menerusi applikasi TikTok hanyalah sekadar perkongsian. Namun telah disalah erti.

Ketika gadis tersebut menjawab soalan yang diajukan di komen akaunnya, dia kelihatan bergenangan air mata. Justeru, keadaan itu turut membuat para pengguna Twitter merasa sebak.

Rata-rata dari mereka, menunjukkan rasa tidak puas hati dan mengecam akan tindakan biadap individu terlibat.

Mereka juga berpendapat bahawa perkataan sedemikian tidak seharusnya dilontarkan kepada sesiapa, terutama sekali terhadap OKU.

Kesan dari peristiwa itu, pemilik akaun @Puteribulan25 terlihat sudah mengaktifkan butang “private account” bagi akaun TikTok nya.

Kejadian seperti ini seharusnya dijadikan pengajaran dan tidak berulang lagi. Mengecam bentuk fizikal seseorang bukan saja perbuatan terkutuk, malah boleh mengakibatkan kemurungan teruk bagi sesetengah individu. Ubah segera budaya seperti ini agar tiada lagi menjadi mangsa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.