fbpx

Tengku Zafrul Teruja Dapat Buat Larian 11KM Selepas Tamat Kuarantin 14 Hari

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menerusi perkongsian Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul memaklumkan beliau teruja dapat melakukan larian pertamanya sejauh 11KM sebaik saja tamat tempoh kuarantin kendiri selama 14 hari.

Beliau yang sememangnya terkenal dengan amalan gaya hidup sihat itu juga turut bersyukur kerana hasil terakhir keputusan saringan Covid-19 menunjukkan dirinya negatif selepas kuarantin di rumah.

Tengku Zafrul (kanan) bersama isteri tercinta

“Larian pertama di luar rumah sejak kuarantin kendiri selama 14 hari.”

Beliau berkata, larian hari ini di kawasan berbukit dengan ‘elevation’.

“Bagus untuk kesihatan jantung dan stamina. It’s good to be back.

“Akan ke pejabat sebentar lagi untuk urusan Kementerian setelah sekian lama work from home.

“Terima kasih kepada rakan kerja MOF yang memberikan sokongan dalam tempoh yang kritikal ini.

“Lebih-lebih lagi dengan persediaan Belanjawan 2021.

“InsyaAllah, moga urusan kita semua di permudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya itu.

Dalam pada itu, beliau juga turut berkongsikan foto dirinya ketika selesai melakukan larian tersebut.

Beliau yang berjaya menghabiskan larian sejauh 11KM itu dalam tempoh masa 1 jam 8 minit.

Menerusi ruangan komen di laman Instagram miliknya, rata-rata ramai yang mengucapkan selamat kembali bertugas kepada Tengku Zafrul.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.